Huawei Nexus 6P Spesifikasi Rasmi Nexus 6P Bocor Dengan 4 Pilihan Warna

Huawei Nexus 6P Dijangka Hadir Dengan Skrin Sebesar 5.7 Inci, Pemproses Qualcomm Snapdragon 810 Versi 2.1 Dan 4 Pilihan Warna.

Masih berbaki lagi dua hari sebelum Google mengumumkan dua peranti Nexus terbaru iaitu Huawei Nexus 6P dan LG Nexus 5x yang akan diumumkan pada 29 September ini. Terbaru spesifikasi Nexus 6P telah tertiris melalui beberapa slaid yang menunjukan spesifikasi rasmi dari Google dan juga pilihan warna untuk model terbaru ini. 

Maklumat yang tertiris menunjukan peranti ini membawakan skrin sebesar 5,7 inci dengan resolusi WQHD. Rekaannya juga menggunakan reka bentuk unibody dari kerangka besi yang hadir dengan 4 pilihan warna termasuk Aluminium, Graphite, Frost dan Gold.

Prestasinya juga berada pada kelasnya yang tersendiri dengan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 810 versi 2.1 yang telah ditingkatkan. Ia juga hadir  dengan tiga pilihan memori dalaman 32 GB, 64 GB dan 128 GB bagi yang memerlukan ruangan yang lebih besar.

Huawei Nexus 6P Huawei Nexus 6P Huawei Nexus 6P

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada Huawei Nexus 6P termasuk 3450 mAH bateri, dual speaker di bahagian hadapan, USB-Type C, pengimbas cap jari di bahagian belakang dan sebagainya seperti slaid diatas.

Untuk maklumat lanjut mengenai dua peranti Nexus yang bakal dilancarkan, teruskan bersama kami pada 29 September ini.

Sumber : AndroidPolice