Spesifikasi Review dan Harga Asus Zenfone Selfie di MalaysiaSpesifikasi Review dan Harga Asus Zenfone Selfie di Malaysia

Asus Zenfone Selfie Hadir Dengan Fungsi Pengambaran Untuk Selfie. Ia hadir Dengan 13 MP Kamera Dan Harga RM1049 di Malaysia.

Telefon pintar yang mengfokuskan pada kamera selfie semakin mendapat tempat di pasaran. Peranti jenis ini kebanyakannya hadir dengan kamera hadapan yang lebih baik beserta LED Flash didepan untuk pencahayaan yang lebih baik. Antara yang popular di pasaran sekarang termasuk Sony Xperia C5 UltraSamsung Galaxy J7HTC Desire Eye dan terbaru peranti keluaran Asus yang dinamakan sebagai Asus Zenfone Selfie

Asus Zenfone Selfie merupakan salah satu peranti kelas pertengahan yang menjadikan fungsi pengambaran sabagai salah satu kelebihannya. Ia bukan saja menawarkan 13 Megapixel beserta Dual LED flash di bahagian hadapan. Namun kamera yang sama turut hadir dibahagian belakang yang dipadankan dengan Laser Autofokus untuk sistem fokus yang lebih cepat dan baik.

Kamera hadapannya membawakan kanta sudut luas dengan bukaan kanta f/2.0 yang amat sesuai untuk mengambil gambar selfie. Kedua-dua kameranya juga menggunakan 5 lapisan kanta dengan sentuhan sensor dari Toshiba.

Spesifikasi Review dan Harga Asus Zenfone Selfie di MalaysiaAsus Zenfone Selfie Hadir Dengan Pelbagai Mod Untuk Pengambaran

Asus juga menyediakan pelbagai mod pengambaran yang boleh digunakan semasa  mengambail gambar seperti mod HDR, Panorama, Time Lapse, Miniature serta Beautification yang digunakan untuk suntingan gambar selfie yang lebih baik. Peranti ini juga  menyediakan mod manual untuk golongan yang lebih professional.

Spesifikasi Asus Zenfone Selfie

Selain fungsi pengambaran,  Asus Zenfone Selfie hadir dengan spesifikasi yang agak baik. Ia dipadukan dengan pemproses 64 Bit Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 dengan Octa-Core CPU. Ruangan memori dalaman serta RAM juga agak tinggi untuk peranti ini dengan pilihan 2 atau 3 GB RAM serta 16 atau 32 GB memori dalaman. Peranti ini juga turut menyokong slot tambahan microSD sehingga 64 GB.

Spesifikasi Review dan Harga Asus Zenfone Selfie di MalaysiaReka Bentuk Depan Dan Belakang

Untuk paparan pula ia dilihat menggunakan skrin 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh 1080 x 1920 pixels yang dilindungi dengan lapisan kaca Corning Gorilla Glass 4. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada Asus Zenfone Selfie termasuk penggunaan bateri Li-Po 3000 mAh yang besar, sokongan Dual SIM serta 4G LTE dan juga hadir dengan platform Android 5.0 Lollipop.

Harga Asus Zenfone Selfie Di Malaysia

Di Malaysia, Asus Zenfone Selfie kini telah berada di pasaran dengan harga sekitar RM1049 termasuk GST. Ia boleh didapati dengan tiga pilihan warna termasuk putih, merah jambu dan biru laut.