Google Pixel CGoogle Turut Memperkenalkan Tablet Google Pixel C

Google Pixel C Merupakan Tablet Android 6.0 Marshmallow Dengan Skrin 10.2″, Cip NVIDIA Tegra X, USB-Type C Dengan Harga Bermula USD499

Selain dua peranti Nexus yang diperkenalkan hari ini, Google turut memperkenalkan Tablet baru yang dinamakan Google Pixel C. Ia merupakan tablet bersaiz skrin 10.2 inci yang juga tersedia di pasang dengan sistem Android terbaru versi 6.0 Marsmallow. Memandangkan ia dibuat sepenuhnya oleh Google, tablet ini menyertai keluarga “Pixel” berbanding “Nexus” yang merupkan salah satu projek usahasama antara jenama pengeluar Smartphone dan juga Google. 

Google Pixel C memiliki keunikannya tersendiri, bukan sahaja memiliki platform terbaru malah spesifikasi dan reka bentuknya juga sangat memukau dengan rekaan aluminium. Ia juga tersedia dengan papan kekunci QWERTY yang dilekat dengan mengunakan magnet yang boleh diceraikan dan disambung menggunakan Bluetooth.

Google Pixel CGoogle Pixel C

Mengenai spesifikasi Google Pixel C pula, ia hadir dengan skrin sebesar 10.2 inci dengan resolusi 2560 x 1800 pixels. Prestasinya juga amat meyakinkan dengan pemproses NVIDIA Tegra X1 dengan kebolehan Octa-Core CPU. Ia juga hadir dengan 3 GB RAM serta pilihan memori dalaman 32 GB dan 64 GB.

Spesifikasi Google Pixel C
Platform Android 6.0 (Marshmallow)
Processor NVIDIA Tegra X1, Octa-Core CPU
Memory 32 / 64 GB, 3 GB RAM
Display 10.2 inches, 2560 x 1800 pixels
Camera 8 Megapixel
Front Cam. 2 Megapixel
Features
  • USB Type-C
  • QWERTY Keyboard
Price USD 499 – USD 599

Soal harganya pula, Google Pixel C akan dijual pada harga USD 499 (RM2200) untuk model 32 GB manakala model 64 GB pula dijual pada harga USD 599 (RM2640). Papan kekuncinya dijual berasingan pada harga USD 149 (RM650).