Xiaomi Mi 4C Xiaomi Mi 4C Diperkenalkan, Harga Serendah RM879

Xiaomi Mi 4C Telah Diperkenalkan Dengan 5 Inci Skrin, 13 Megapixel Kamera, Sambungan Port USB Type-C dan Harga Serendah RM879.

Hari ini Xiaomi telah memperkenalkan peranti baru yang dinamakan Xiaomi Mi 4C untuk pasaran China. Reka bentuk dan spesifikasinya menyamai Xiaomi Mi 4i namun prestasinya telah ditingkatkan untuk peranti ini dengan harga yang lebih berpatutan. 

Begitu juga Xiaomi Mi 4i, peranti baru ini juga hadir dengan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD Penuh 1080 x 1920 pixels. Didalamnya pula, dilengkapi dengan cip yang lebih pantas dengan pemproses Qualcomm MSM8992 Snapdragon 808 dan Quad-Core 1.44 GHz Cortex-A53 & Dual-Core 1.82 GHz. Untuk telefon pintar ini, ia hadir dengan dua model memori dalaman yang hadir dengan 16 GB dan 2 GB RAM serta 32 GB memori yang hadir bersama 3 GB RAM.

Untuk kamera pula, Xiaomi Mi 4C hadir dengan kamera 13 Megapixel dan 5 Megapixel di bahagian hadapan. Kameranya juga dilihat sama dengan model yang dilancarkan sebelum ini Xiaomi Mi 4i. Port sambungan USB juga telah diubah untuk peranti ini dimana ia telah menggunakan port yang baru USB-Type C.

Xiaomi Mi 4C Xiaomi Mi 4C Xiaomi Mi 4C

Salah satu kelebihan untuk peranti ini ialah ia hadir dengan fungsi Edge Tap dimana ia membenarkan anda mencapai sesuatu fungsi seperti mengambil gambar dengan hanya tap dibahagian sisinya.

Buat masa ini Xiaomi Mi 4C telah dilancarkan di China dengan harga sekitar USD205 bersamaan RM879. Untuk pasaran diluar China masih lagi belum didedahkan.