ZTE Axon EliteZTE Axon Elite Kini Di Malaysia Dengan Harga RM1999

ZTE Axon Elite Hadir Dengan Dual Kamera 13 Megapixel, Pemproses Qualcomm Snapdragon 810, Pengimbas Cap Jari Dan Harga RM1999.

Bagi yang sedang mencari telefon pintar kelas perdana mungkin ZTE Axon Elite boleh di pertimbangkan untuk anda. ZTE Malaysia baru sahaja melancarkan peranti ini untuk pasaran tempatan dengan harga RM1999 yang akan dipasarkan pada pertengahan Oktober ini. 

Harganya mungkin mencecah sehingga RM2000, namun dengan spesifikasi, ciri-ciri serta reka bentuk premium yang ditawarkan harganya masih lagi berbaloi dibeli berbanding peranti perdana lain yang mencecah sehingga RM3000. Sebenarnya, ZTE Axon hadir dengan tiga variasi termasuk ZTE Axon Pro, Axon Elite dan Axon Lux. Namun, di Malaysia hanya ZTE Axon Elite dijual di pasaran tempatan dengan warna emas.

ZTE Axon Elite

Antara kelebihan utama untuk peranti ini ialah ia hadir dengan dual kamera di bahagian belakangnya dengan 13 Megapixel dan 2 Megapixel. Menggunakan dual kamera sangat membantu untuk fokus yang lebih baik dan menghasilkan gambar kesan “Bokeh” yang sangat baik. Di bahagian hadapan pula, Axon Elite hadir dengan kamera 8 Megapixel untuk selfie.

Prestasinya juga setanding dengan peranti perdana yang lain dengan menggunakan cipset Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810 dengan kemampuan CPU Octa-Core. Peranti-peranti seperti Sony Xperia Z5 dan HTC One M9 juga menggunakan cipset yang sama. Selain itu, ia juga hadir dengan 3 GB RAM yang didatangkan dengan memori dalaman sebesar 32 GB. Slot microSD juga disediakan untuk peranti ini yang boleh dipasang sehingga 128 GB.

Spesifikasi ZTE Axon Elite
Platform Android 5.0 (Lollipop)
Processor Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810
Memory 32 GB, 3 GB RAM
Display 5.5 inches, 1080 x 1920 pixels (FHD)
Camera 13 Megapixel + 2 Megapixel
Front Cam. 8 Megapixel
Battery Lithium-Ion 3000mAh Battery
Features
  • Fingerprint Sensor
Price RM1999
Lihat Juga Spesifikasi Peranti ZTE Yang Lain

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada ZTE Axon Elite seperti ditunjukan pada jadual di atas.  Bagi yang berminat untuk dapatkan peranti ini boleh mendapatkannya pada pertengahan Oktober ini di pengedar-pengedar sah ZTE dengan harga RM1999.