UMobile MicroCredit Apple iPhone 6SBeli Apple Iphone 6S Secara Ansuran Dengan UMobile MicroCredit

Sebelum ini, UMobile pernah menawarkan pakej UMobile MicroCredit untuk smartphone Apple iPhone 6 dan Apple iPhone 6 Plus setahun yang lalu. Ia merupakan plan pembelian secara ansuran untuk produk Apple serendah RM98. Begitu juga dengan model baru Apple Iphone 6S yang akan di Malaysia 16 Oktober ini pada harga bermula RM3199 untuk iPhone 6s dan RM3699 untuk iPhone 6s Plus dimana UMobile menawarkan pakej yang sama untuk peranti ini. 

Dengan harganya yang agak tinggi mungkin agak sukar untuk kebanyakan orang membelinya secara tunai. Dengan adanya pakej UMobile MicroCredit ini dilihat sangat membantu bagi yang ingin memiliki peranti ini dengan bayaran ansuran serendah RM114 sebulan.

Beli Apple iPhone 6S Dan Apple iPhone 6S Plus Secara Ansuran Dengan UMobile MicroCredit

Sebelum membuat permohonan pakej ini, seharusnya anda sudah tahu beberapa perkara terutamanya mengenai Bayaran Selepas Pendaftaran serta Bayaran Bulanan yang akan dikenakan. Bayarannya bergantung pada peranti iPhone yang dipilih, jumlah pinjaman, tempoh bayaran balik serta pilihan iPlan untuk plan data dan internet.

Umobile turut menydiakan aplikasi khas untuk mengira kedua-dua bayaran tersebut. Anda boleh mencubanya sendiri di sini.

UMobile MicroCredit Apple iPhone 6sUMobile Menyedikan Aplikasi Khas Untuk Tentukan Bayaran Bulanan Serta Bayaran Selepas Pendaftaran

Melalui gambar diatas, bayaran ansuran bulanan termurah yang ditawar untuk Apple iPhone 6s serendah RM145.80 sebulan termasuk plan data i40 dengan harga RM31.80 sebulan. Bayaran selepas pendaftaran pula dikenakan sebanyak RM204.

Cara Mudah Untuk Memohon UMobile U MicroCradit

Seperti sebelum ini, UMobile menyediakan dua cara permohonan belian ansuran Apple iPhone 6S melalui pakej U MicroCradit iaitu secara online atau pendaftaran di keda-kedai UMobile yang terdekat.

Antara dokumen-dokumen yang di perlukan semasa pendaftaran seperti dibawah:-

  1. Bekerja Sendiri
    1. Salinan IC
    2. Penyata Akaun Bank 3 bulan terdahulu
    3. Atau, muka surat terkini Buku Akaun Simpanan Bank
  2. Bekerja
    1. Salinan IC
    2. 2 slip gaji terdahulu atau surat tawaran bekerja (jika baru bekerja)
    3. Penyata KWSP

Selepas membuat pendaftaran di atas talian atau di kedai-kedai UMobile, anda akan menerima pengesahan melalui Email atau SMS sama ada pendaftaran anda diluluskan atau tidak. Sekiranya telah dililuskan anda boleh menuntut peranti anda di kedai UMobile atau tempat yang dinyatakan beserta pembayaran yang dikenakan selepas pendaftaran dan juga bayaran untuk bulan pertama.

UMobile MicroCredit Apple iPhone 6sCara-Cara Permohonan UMobile MicroCredit Untuk Apple iPhone 6S

UMobile menyediakan pelbagai cara untuk membuat bayaran bulanan bagi plan MicroCredit termasuk di Kaunter UMobile, Mesin Deposit Tunai, Auto Debit, Internet Banking dan sebagainya. Antara Bank yang terlibat termasuk Maybank, BSN, CIMB, Public Bank, RHB Bank, AmBank, AllianceBank dan di pejabat pos.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian UMobile MicroCredit Untuk Apple iPhone 6S boleh merujuk di laman rasmi UMobile MicroCredit.