Apple Sedang Menguji Apple Music Untuk Android. Ia Merupakan Aplikasi Penstriman Lagu Dengan Langganan Bulanan Serendah USD3.99 Di Malaysia.
Nampaknya Apple sudah bersedia untuk melancarkan servis penstriman muzik miliknya yang dinamakan Apple Music untuk pengguna Android. Sebelum ini, perhidmatan itu hanya dibuka untuk peranti Apple sahaja dengan langgan bulanan USD3.99 untuk individu dan USD 5.99 untuk keluarga dengan tiga bulan tempoh percubaan di Malaysia.
Dari gambar yang tertiris, menunjukan Apple sedang menguji aplikasi tersebut untuk peranti Android. Beberapa fungsi utama turut ditunjukan seperti Beats 1 Radio, Fungsi muat turun untuk didengar tanpa internet, dan juga perkongsian muzik bersama teman.
Screenshot Apple Music Untuk Android , Klik Untuk Besarkan |
Ia bakal bersaing terutamanya dengan Spotify dan juga Google Music yang menawarkan perhidmatan penstriman lagu yang sama. Spotify menawarkan kandungan percuma untuk semua pengguna namun beberapa fungsi premium hanya boleh didapati untuk pengguna berbayar sahaja dengan langgana RM14.90 sebulan. Google Play Music pula dengan langganan bulanan USD9.99 (RM42).