Asus Zenfone 3Asus Zenfone 2 Yang Agak Popular Dikalangan Pengguna

Asus Zenfone 2 Memberi Kejayaan Besar Pada Asus. Kini Asus Zenfone 3 Pula Bakal Menysur. Apakah Harapan Anda Untuk Peranti Ini.?

Sejak memperkenalkan barisan peranti Zenfone, Asus boleh dikatakan agak berjaya dalam strategi barunya itu. Di Malaysia juga model-model keluaran Zenfone agak popular dikalangan pengguna. Terbaru khabar berita mengenai Asus Zenfone 3 mula hangat dikatakan di arena internet namun maklumat masih lagi belum banyak didedahkan. 

Sejak awal tahun ini pengunaan sambungan baru untuk USB yang dipanggil USB Type-C sangat mendapat sambutan terutamanya pada pengeluar telefon bimbit. Ia bukan sahaja mengenai sambungan dua arah yang telah lama diguna pakai pada sambungan Lightning untuk peranti Apple, malah penghantaran data dan pengecasan juga lebih pastas melalui USB Type-C. Oleh sebab itulah banyak peranti-peranti baru yang dilancarkan mula beralih kepada USB Type-C berbanding sambungan microUSB yang biasa.

Untuk Asus Zenfone 3 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi sudah tentunya akan membawakan spesifikasi yang lebih baik termasuk USB Type-C ini. Ia telah dibuktikan oleh CEO-nya sendiri iaitu Jonney Shih melalui laman TrustedReview.com.

Baca Juga : Senarai Variasi Asus Zenfone Termasuk Spesifikasi Dan Harga

Spesifikasi Asus Zenfone 3 masih lagi belum banyak didedahkan. Namun kami menjangkakan ia akan hadir dengan pelbagai pilihan variasi seperti Asus Zenfon 2 dan juga Zenfone generasi pertama. Ia memberi ruang kepada pengguna untuk memilih apa yang terbaik untuk mereka.