YouTube Red, Langganan Kandungan Premium Di YouTube
YouTube Red – Servis Langganan Bulanan Bagi Mencapai Kandungan Premium Di YouTube. Langganan Serendah USD9.99 (RM42.99) Sebulan.
Akhirnya, Google telah melancarkan YouTube Red yang merupakan servis langganan bulanan bagi mendapakan kandungan video dari YouTube tanpa sebarang ganguan iklan dan sebagainya. Antara kelebihan Langganan perhidmatan YouTube Red seperti di bawah.
- Menonton video tanpa sebarang iklan dan ganguan
- Kini anda boleh menyimpan Video di PC, Anda kini boleh memuat turun sebarang video terus dari YouTube.
- Main Di Latar, Membolehkan Video dan music dapat dimainkan walaupon ketika menggunakan aplikasi lain atau skrin dipadamkam.
- Pengguna yang melanggan Google Play Music secara automatik boleh mengakses YouTube Red dengan percuma.
Buat masa ini, servis ini masih lagi tidak boleh diakses di Malaysia dan hanya ditawarkan di US sahaja untuk percubaan. Google juga dijangka akan membekalkan lebih banyak siri video untuk YouTube Red bermula tahun hadapan.
YouTube Red
Selain itu, pengguna boleh mencubanya 30 hari percuma namun ketika pendaftaran sudah tentunya ia memerlukan data dari Kredit atau Debit kad. YouTube Red boleh digunakan di PC Desktop, Smart TV dan juga telefon pintar.
Sumber : YouTube