Huawei-Mate-SHuawei Mate S

Huawei telah melancarkan tiga peranti untuk pasaran Malaysia. Dua daripadanya merupakan smartphone premium yang terdiri daripada Huawei Mate S, peranti perdana terbaik dari Huawei setakat ini dan juga Huawei G8 yang bakal bersaing untuk pasaran kelas pertengahan. Manakala satu lagi peranti merupakan Tablet 8.0 inci yang dipanggil Huawei MediaPad M2.

Dari segi harganya pula, Peranti Premium ini dipasarkan dengan harga RM1499 untuk Huawei Mediapad M2 dan Huawei G8 manakala Huawei Mate S akan dipasarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM2698. 

Spesifikasi Huawei Mate S, Huawei Mediapad M2 Dan Huawei G8

Huawei Mate S pernah menjadi bualan terutama di media yang dikatakan meniru iPhone 6S semasa pelancarannya sebelum ini. Model ini juga menawarkan dengan warna Rose Gold seperti yang ditawarkan iPhone 6S. Apatah lagi ia turut dilengkapi dengan teknologi Forch Touch seperti mana yang ditawarkan peranti perdana milik Apple itu yang lebih dikenali sebagai 3D Touch. Mungkin kami perlu lakukan perbandingan kedua-dua peranti ini untuk lihat persamaan dan pernezaan yang lebih jelas selepas ini.

Huawei Mate S boleh dikatakan peranti yang terbaik yang pernah ditawarkan Huawei. Ia hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh, Pemproses HiSilicon Kirin 935, 3 GB RAM, Pilihan memori dari 32 GB sehingga 128 GB beserta kamera 13 Megapixel kamera yang membawakan penstabilan imej OIS, Dual LED Flash dan sebagainya.

huawei-2Huawei Mediapad M2
huawei-1Huawei G8

Peranti ini juga hadir dengan beberapa ciri tambahan deperti pengimbas cap jari, sokongam dual SIM. Namun untuk pasaran Malaysia, Huawei tidak membawa masuk model yang dilengkapi dengan Forch Touch.

Baca Juga : Spesifikasi Penuh Huawei Mate S, Huawei Mediapad M2 Dan Huawei G8 

Bagi model Huawei G8 pula ia merupakan peranti pertengahan yang hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci, 13 Megapixel kamera dan pemproses Snapdragon 615. Manakala Huawei Mediapad pula merupakan tablet bersaiz 8.0 inci dengan pemproses HiSilicon Kirin 930, 8 Megapixel Kamera dan sebagainya.

Harga Huawei Mate S, Huawei Mediapad M2 Dan Huawei G8 di Malaysia

Di Malaysia, Ketiga tiga peranti ini sudah boleh didapati di pengedar-pengedar rasmi Huawei dengan harga seperti di bawah:

  • Huawei Mate S – RM2698
  • Huawei Mediapad M2 – RM1499
  • Huawei G8 – RM1499

Jika anda ingin peranti ini di atas talian, Lazada Malaysia turut menawarkan dengan harga yang terbaik untuk anda. Layari Lazada Malaysia untuk membeli Huawei Mate S, Huawei Mediapad M2 Dan Huawei G8 secara online.