Harga Sony Xperia Z5Sony Xperia Z5

Tiga Peranti Dari Siri Sony Xperia Z5 Telah Dilancarkan Untuk Pasaran Tempatan. Harga Sony Xperia Z5 Serendah RM2299 di Malaysia.

Sony Malaysia telah melancarkan barisan peranti premium mereka iaitu Sony Xperia Z5 Premium, Sony Xperia Z5 Dual dan Sony Xperia Z5 Compact untuk pasaran Malaysia. Ianya sudah boleh didapati di pasaran tempatan dengan harga RM2699 untuk Sony Xperia Z5 Dual manakala Sony Xperia Z5 Compact di pasarkan dengan harga RM2299. Bagi Model Premium pula akan memasuki pasaran pada November ini dengan harga yang masih lagi belum diumumkan. 

Keluarga Xperia Z5 merupakan peranti yang terbaik pada sistem kameranya. Apatah lagi pihak DxOMark telah meletakannya peranti ini di tempat pertama sebagai Smartphone Kamera terbaik mendahului peranti perdana yang lain termasuk Samsung Galaxy S6 Edge, Huawei Nexus 6P dan juga Apple iPhone 6s. Anda boleh melihat carta terkini perbandingan kamera smartphone terbaik yang dikeluarkan DxOMark.

mobile-chartCarta Yang Dikeluarkan DxOMark, Sony Xperia Z5 Di Tangga Teratas.

Spesifikasi Sony Xperia Z5 – Kamera 23 Megapixel, Cip Snapdragon 810 Dan Tiga Pilihan Untuk Saiz Paparan Termasuk 5.5″, 5.2″ Dan 4.7″

Untuk Spesifikasi, Ketiga-tiga peranti premium dari Sony ini hadir dengan prestasi dan sistem kamera yang sama dimana ia dipadukan dengan cipset Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810 beserta 32 GB memori dalaman dan 3 GB RAM (Kecuali versi Compact yang hadir dengan 2 GB RAM). Ia turut didatangkan dengan slot tambahan microSD yang boleh diletakan sehingga 200GB.

Untuk Sistem kameranya, Siri Xperia Z5 hadir dengan 23 Megapixel kamera dengan sensor Exmor RS sebesar 1/2.3 inci. Kameranya juga hadir dengan Phase Detection Autofocus serta berkemampuan merakan video dengan resolusi 4K. Untuk kamera hadapan pula, Ia dilengkapi dengan 5.1 Megapixel kamera untuk panggilan video serta berselfie.

Selain itu, ketiga-tiga peranti ini turut hadir dengan ciri-ciri kalis air dan debu, pengimbas cap jari yang terletak dibahagian sisinya, pengecasan pantas serta hadir dengan platform Android 5.1.1 (Lollipop). Sony turut mengesahkan keluarga Sony Xperia Z5 akan menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow tidak lama lagi.

xperia-z5-1Sony Xperia Z5

Perbezaan ketara yang boleh dilihat untuk ketiga-tiga barisan peranti Xperia Z5 ini adalah pada saiz paparannya dimana versi Premium hadir dengan skrin 5.5 inci dan merupakan peranti pertama yang hadir dengan resolusi 4K (2160 x 3840 pixel) pada skrinnya. Untuk Xperia Z5 Dual dan Xperia Z5 Compact pula masing-masing hadir dengan skrin sebesar 5.2 inci (1080 x 1920 pixel) dan juga 4.7 inci (720 x 1280 pixel).

Baca Juga : Spesifikasi Untuk Sony Xperia Z5 PremiumXperia Z5 dan Xperia Z5 Compact

Harga Sony Xperia Z5 Premium, Z5 Dual, Z5 Compact Di Malaysia

Di Malaysia Sony Xperia Z5 Dual dan Sony Xperia Z5 Compact telah pon berada di pasaran tempatan. Untuk Sony Xperia Z5 Premium pula akan hadir di Malaysia pada bulan hadapan. Senarai harga ketiga-tiga peranti ini seperti di bawah :

  • Harga Sony Xperia Z5 Premium – Hadir November Ini
  • Harga Sony Xperia Z5 Dual – RM2699
  • Harga Sony Xperia Z5 Compact – RM2299

Bagi yang berminat boleh dapatkannya di pengedar-pengedar rasmi Sony di Seluruh negara. Untuk membelinya diatas talian, Lazada Malaysia juga telah menawarkan ketiga-tiga peranti ini.