HTC One A9 HTC One A9, Peranti Kelas Pertengahan Dengan Ciri-Ciri Premium

HTC One A9 Peranti Kelas Pertenghan Dengan Spesifikasi Premium Pada Harga USD399. Juga Peranti Terawal Denagn Android 6.0 MarshMallow.

Memang diakui, HTC kini mengalami sedikit kemerosotan terutamnya apabila sambutan peranti perdana 2015 miliknya yang agak kurang mendapat sambutan. Salah satu usaha mengatasinya, HTC cuba mempelbagaikan variasi untuk peranti kelas pertenghan. Terbaru, mereka telah melancarkan HTC One A9 yang merupakan peranti Mid-Range dengan spesifikasi premium. 

Harga jualan juga tidaklah terlalu tinggi dan masih lagi munasabah dengan apa yang ditawarkan. Di pasaran US, model ini dipasarkan dengan harga USD399 atau bersamaan dengan sekitar RM1699. Antara salah satu kelebihan untuk peranti ini ialah antara peranti terawal yang sedia dipasang dengan platform terbaru Android 6.0 Mars Mallow. HTC juga telah memberi jaminan bahawa peranti ini akan menerima kemaskini Android terkini dalam masa 15 hari selepas barisan peranti Nexus pada masa akan datang.

Video Promo HTC One A9
HTC One A9 HTC One A9 HTC One A9
HTC One A9, Klik Untuk Besarkan

Spesifikasi HTC One A9 Hadir Dengan Skrin HD 5.0 Inci, 13 Megapixel OIS

Tentang spesifikasi pula, HTC One A9 membawakan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD Penuh. Prestasinya juga meyakinkan dengan penggunan pemproses Qualcomm MSM8952 Snapdragon 617 yang hadir dengan dua pilihan 2 atau 3 GB RAM. Antara ciri-ciri tambahan untuk peranti ini termasuk sokongan pengimbas cap jari, fungsi pengecasan pantas dan sebaginya.

Baca Juga : Spesifikasi Penuh Dan Harga HTC One A9 Di Malaysia

Untuk kamera pula, HTC One A9 membawakan kamera 13 Megapixel dengan teknologi penstabilan imej (OIS) bagi mengurangkan gegaran semasa mengambil gambar atau video. Kameranya juga dilengkapi dengan Dual-LED (dual tone) Flash bagi pencahayaan yang lebih sempurna. Di hadapan pula, telefon pintar ini membawakan 4 Megapixel kamera untuk selfie.

Jadi, apakah pendapat anda mengenai HTC One A9 ini?. Kami agak tertarik dengan jaminan HTC mengenai kemaskini dalam masa 15 hari selepas peranti Nexus. Bagi yang ingin menggunkan peranti yang sentiasa “UpToDate” mungkin peranti ini sesuai untuk anda. Namun, buat masa ini belum ada berita peranti ini akan dibawa masuk ke Malaysia.