Huawei Honor 5X Huawei Honor 5X Diperkenalkan

Huawei Honor 5X Merupakan Sebuah Peranti Premium Pada Harga Yang Lebih Murah Serendah USD159 (RM680).

Huawei telah memperkenalkan satu lagi peranti premium dengan harga yang rendah. Ia dinamakan Huawei Honor 5X yang hadir dengan kerangka aluminium, pengimbas cap jari pada harga sekitar USD159 (RM680). Namun, buat masa ini peranti ini hanya dipasarkan di China sahaja dan belum ada kenyataan rasmi bahawa peranti ini akan dibawa masuk ke pasaran antarabangsa termasuk Malaysia atau tidak. 

Jika dilihat pada spesifikasi dan harganya sudah tentu ramai yang berharap Huawei Malaysia dapat membawakan peranti ini ke pasaran tempatan. Ia memberi ruang kepada pengguna untuk mencuba peranti premium pada harga yang lebih berpatutan.

Huawei Honor 5X Huawei Honor 5X Huawei Honor 5X
Huawei Honor 5X Hadir Dengan Kerangka Logam

Spesifikasi Huawei Honor 5X – Skrin 5.5″, Kamera 13 MP, Snapdragon 615

Huawei Honor 5X membawakan reka bentuk seakan sama dengam Huawei Mate S yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Peranti ini dilengkapi dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan reaolusi HD Penuh 1080P. Ia juga membawakan Cipset pertengahan dengan Snapdragon 616 dan 16 GB memori terbina serta pilihann RAM sebanyak 2 dan 3 GB RAM.

Selain itu, model baru ini akan hadir dengan 13 Megapixel kamera dan 5 Megapixel di bahagian hadapan untuk selfie dan juga panggilan video. Ruangan bateri juga agak besar dengan 3000mAH untuk peranti ini. Huawei Honor 5X juga telah tersedia dipasang dengan Android 5.1 Lollipop dan buat masa ini tiada berita mengenai kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk peranti ini.

Baca Juga : Senarai Harga Terbaru Huawei Di Malaysia

Untuk harganya pula, Telefon Pintar ini hadir dengan dua model iaitu model 2GB RAM yang akan dipasarkan dengan harga USD159 (RM860) manakala model 3 GB pula dijual pada harga USD220 (RM940). Seperti yang telah disebut, masih belum ada berita mengenai peranti ini dipasarkan diluar China.