Android 6.0 Marshmallow MotorolaSenarai Peranti Motorola Terima Kemaskini Android 6.0 Marshmallow

Motorola mengumumkan mereka akan membawakan kemaskini Android 6.0 Marsmallow kepada beberapa peranti sedia ada miliknya. Seperti yang kita tahu satu-satunya peranti Nexus daripada Motorola iaitu Motorola Nexus 6 bakal menerima kemaskini terus dari Google pada 5 Oktober ini bersama-sama peranti Nexus yang lain. 

Untuk peranti lain, Motorola juga telah mengeluarkan senarai peranti yang bakal menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow. Antara peranti-peranti terpilih seperti dibawah.

11 Peranti Motorola Yang Akan Menerima Kemaskini Android 6.0 Marshmallow

  • Motorola  Moto X Pure Edition (3rd gen)
  • Motorola  Moto X Style (3rd gen)
  • Motorola  Moto X Play
  • Motorola  Moto G (3rd gen)
  • Motorola  Moto X Pure Edition (2nd gen)
  • Motorola Moto X (2nd gen)
  • Motorola Moto G and Moto G 4G LTE (2nd gen)
  • Motorola DROID Turbo
  • Motorola 2014 Moto MAXX
  • Motorola 2014 Moto Turbo
  • Motorola Nexus 6

Namun, buat masa ini Motorola masih lagi belum mengumumkan masa dan tarikh untuk kemaskini ke Android 6.0 Marshmallow. Masa dan tarikh kemaskini dijangka berbeza di setiap lokasi.

Lihat juga senarai peranti jenama lain yang turut menerima kemaskini untuk Android 6.0 Marshmallow.