LG V10LG V10, Peranti Premium Dengan Dual Skrin

LG V10 Yang Dilengkapi Dengan Dual Skrin Dan Dual 5MP Kamera Hadapan

Jika anda rasakan LG G4 merupakan salah satu peranti premium dari LG, anda patut juga melihat peranti yang dikatakan “Super Primium” iaitu LG V10 yang hadir dengan dual skrin di bahagian hadapannya. Peranti ini merupakan yang pertama untuk keluarga “V” dengan reka bentuk elegan dan spesifikasi yang menyakinkan.

Dari segi rekaan dan spesifikasi yang ditawarkan sudah menunjukan peranti ini bukan untuk orang kebanyakannya. Ia mungkin akan hadir dengan harga yang menjangkau RM3000. 

Salah satu keunikan peranti ini ialah ia hadir dengan dua skrin di bahagian hadapan dimana skrin utama sebesar 5.7 inci dengan teknologi  IPS Quantum beresolusi  2560 x 1440 pixels manakala skrin kedua diatasnya bersaiz 2.1 inci dengan resolusi 160 x 1040 pixels yang sentiasa hidup 24 jam. Skrin kecilnya itu digunakan untuk memaparkan sesuatu maklumat termasuk notifikasi, capaian aplikasi multitasking, kawalan muzik dan sebagainya.

Selain Dual skrin yang dibawakan LG V10, peranti ini juga hadir dengan Dual Kamera dibahagian hadapan untuk gambar selfie yang lebih baik dengan dual 5 Megapixel. Kamera utama pula dilengkapi dengan 16 Megapixel yang hadir dengan penstabilan imej OIS versi ke-2, bukaan kanta f/1.8 serta laser Autofokus.

Video Promosi LG V10
LG V10LG V10 Hadir Dengan 5 Pilihan Warna

Prestasi LG V10 Meyakinkan Dengan Cipset Snapdragon 808 Dan 4 GB RAM

Spesifikasinya juga meyakinkan dengan penggunaan cipset kelas atasan Qualcomm Snapdragon 808 dan 4 GB RAM untuk memastikan ia sentiasa lancar walaupon pelbagai aplikasi dibuka serentak. Tidak seperti peranti kelas perdana yang lain, LG V10 turut didatangkan dengan slot microSD yang menyokong sehingga 128 GB. Didalamnya juga turit dilengkapi dengan memori terbina 64 GB.

Bukan itu saja, Bateri boleh tanggal juga terdapat pada peranti “super premium” ini dengan kapasiti 3000mAh. Antara ciri lain terdapat pada LG V10 termasuk pengimbas cap jari, kerangka kalis gegaran, pengecasan pantas dan sebagainya.

Peranti ini akan mula memasuki pasaran US, China, Amarika Latin serta beberapa negara Asia pada bulan ini. Tiada maklumat sama ada peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia. Harganya juga masih lagi belum didedahkan.

Spesifikasi LG V10
Platform Android 5.1.1 (Lollipop)
Processor Qualcomm MSM8992 Snapdragon 808, Hexa-Core CPU
Memory 64 GB, 4 GB RAM
Display 5.7 inches, 1440 x 2560 pixels
Camera 16 Megapixel
Front Cam. Dual 5 Megapixel
Features
  • Secondary 2.1 Inch Display
  • Fingerprint Sensor
  • Li-Ion 3000 mAh battery
  • Shock Resistant
Price

Tags