Meizu MetalMeizu Metal, Smartphone Murah Dengan Rekaan Logam dan Pengimbas Cap Jari

Meizu Metal, Sebuah Peranti Mampu Milik Dengan Rekaan Berasaskan Logam Dan Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari. Harga Sekitar RM800.

Jika anda sedang mencari sebuah peranti mampu milik yang berbaloi, Mungkin Meizu Metal ini sesuai untuk anda. Meizu baru sahaja mengumumkan satu lagi peranti untuk kelas permulaan yang hadir dengan kerangka aluminium yang disaluti dengan lima pilihan warna termasuk biru, merah jambu, emas, kelabu serta putih. Selain itu, buat pertama kalinya Meizu membawakan pengimbas cap jari untuk peranti mampu milik yang terdapat pada Meizu Metal. 

Namun, tunggu dulu. Buat masa ini Meizu Metal hanya akan dipasarkan di China sahaja dengan harga 1,099 Yuan (RM735) untuk model 16 GB manakala untuk model 32 GB pula dipasarkan pada harga 1,299 Yuan (RM820). Untuk pasaran lain termasuk Malaysia belum lagi dapat dipastikan.

Meizu Metal Meizu Metal Meizu Metal
Meizu Metal, Klik Untuk Besarkan

Spesifikasi Meizu Metal, Skrin 5.5 Inci, 13 MP Kamera, Pemproses Helio X10

Untuk spesifikasi Meizu Metal pula dilihat agak baik pada harga yang rendah. Skrin hadapannya membawakan paparan sebesar 5.5 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels. Peranti yang juga dikenali sebagai Meizu Blue Charm Metal ini juga dikuasai oleh pemproses Mediatek MT6795 Helio X10 dengan keupayaan CPU Octa-Core 2.0 GHz dan 2 GB RAM. Selain pilihan 16 dan 32 GB memori terbina, Meizu turut menyediakan ruangan microSD sehingga 128 GB untuk peranti ini.

Fungsi pengambaran juga dilihat antara yang terbaik diantara peranti mampu milik. Telefon pintar ini membawakan 13 Megapixel yang dilengkapi dengan Dual-LED Flash serta berkebolehan membuat rakaman video HD Penuh. Di bahagian hadapan pula, peranti ini hadir dengan 5 Megapixel untuk selfie dan panggilan video.