Membeli OnePlus 2Pembelian OnePlus 2 Tanpa Jemputan Dan Kontrak Melalui Maxis

Tiada Kod Jemputan? Tidak Perlu Risau Lagi, Kini Anda Boleh Membeli OnePlus 2 Bila-Bila Masa Tanpa Plan Data.

Di Malaysia, Maxis adalah satu-satunya yang menjadi pengedar sah untuk peranti OnePlus 2. Sebelum ini, mereka menawarkan dua pilihan untuk pembelian peranti tersebut iaitu melalui Plan Zerolution yang membenarkan anda membuat pembayaran secara ansuran serendah RM59 sebulan atau membelinya secara terus dengan harga RM1687. Namun kedua-duanya perlulah melalui jemputan yang telah didaftarkan sebelum ini dan diwajibkan mengambil Plan Data MaxisOne serendah RM98 sebulan. 

Namun, Kini Maxis dilihat telah melonggarkan cara pembelian untuk telefon pintar OnePlus 2. Kini anda tidak perlu lagi untuk mendapatkan kod jemputan untuk membeli OnePlus 2. Lebih menarik lagi, sekiranya anda memilih untuk membeli secara tunai dengan harga RM1687, anda tidak diwajibkan untuk memilih PlanData dari Maxis.

Untuk membeli telefon pintar OnePlus 2 secara tunai atau melalui bayaran ansuran dengan Plan Zerolution boleh terus ke laman Maxis.

Baca Juga : Spesifikasi Penuh Telefon Pintar OnePlus 2

Sedikit mengenai spesifikasi OnePlus 2 yang dikatakan “Killer” kepada peranti perdana keluaran 2016. Ia dilengkapi dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh 1080p, Pemproses Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810 dan 4GB RAM serta kamera utama 13 Megapixel dengan sensor OmniVision.