Microsoft Band 2Microsoft Band 2 Diumumkan Pada Harga USD249

Microsoft Band 2, Kini Lebih Mudah Untuk Memantau Kesihatan, Kecergasan Dan Aktiviti Harian Anda

Selain Hololens Developers Kit, Microsoft turut memperkenalkan gelang pintar generasi kedua yang dinamakan Microsoft Band 2 yang hadir dengan reka bentuk serba baru dan beberapa ciri tambahan padanya. Berbeza dengan model terdahulu, Model baru ini hadir dengan skrin lengkung yang lebih selesa dan sesuai dipakai di pergelangan tangan. 

Ianya direka khas bagi yang inginkan kehidupan yang lebih sihat, cergas dan sangat-sangat membantu melakukasn pekerjaan harian. Ia bukan sahaja memiliki fungsi kesihatan dan kecergasan namun turut hadir dengan ciri-ciri khas seperti paparan notifikasi masej, panggilan, email, kalendar dan banyak lagi.

Microsoft Band 2
Microsoft Band 2 Microsoft Band 2 Microsoft Band 2
Microsoft Band 2, Klik Untuk Besarkan

Tambahan pula, Microsoft telah bawakan pelbagai sensor untuk mengesan tahap kesihatan dan kecergasan anda termasuk Barometer yang digunakan untuk mengukur ketinggian ketika mendaki gunung atau menaiki tangga. Dengan itu, ia membolehkan kiraan kalori dibuat bedasarkan aktiviti yang dilakukan.

Peranti ini akan menyokong sepenuhnya peranti Windows, Android dan iOS yang boleh dipantau menggunakan aplikasi khas. Tempahan Microsoft Band 2 sudah boleh dibuat mulai hari ini dengan harga USD294 bersamaan RM1099 dan ditawarkan pada 30 Oktober ini.