Microsoft Lumia 650Lumia “Saana” Berkemungkinan Hadir Sebagai Microsoft Lumia 650

Satu Lagi Peranti Pertengahan Bakal Dikenalkan. Dikenali Dengan Nama Kod “Saana” Dan Berkemungkinan Dilancarkan Sebagai Microsoft Lumia 650.

Baru baru ini, Microsoft telah memperkenalkan tiga peranti yang terawal menjalankan platform Windows 10. Dua daripadanya merupakan peranti kelas perdana iaitu Microsoft Lumia 950 dan Microsoft Lumia 950 XL dan satu kelas permulaan iaitu Microsoft Lumia 550.

Terbaru, Microsoft dikatakan sedang membangunkan satu lagi peranti untuk kelas pertengahan dengan nama kod Lumia Saana. Di media-media atas talian juga turut tersebar mengenai gambar dan juga speaifikasi intuk peranti tersebut.

Baca Juga : Microsoft Lumia 950 XL Dan Lumia 950 Hadir Dengan Windows 10

Dari apeaifikasi yang telah tersebar, Lumia Saana mungkin berada diatas sedikit berbanding Lumia 550 yang baru sahaja dilancarkan. Lumia Saana dijangka hadir dengan skrin sebesar 5.0 inci dengam resolusi HD 720P. Didalamnya pula dipadukan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 210. Ia juga dijangka hadir dengan 8 Megapixel kamera utama, sokongan microSD serta kapasiti bateri 2000mAh.

Desas-desus sebelum ini turut menyatakan Lumia Saana akan diperkenalkan sebagai Microsoft Lumia 650. Buat masa ini, tiada berita mengenai tarikh pelancaran serta maklumat rasmi dari Microsoft mengenai peranti ini.

Sumber : WMPowerUser