Microsoft Lumia 950 XL Dan Lumia 950Microsoft Lumia 950 XL dan Microsoft Lumia 950

Akhirnya, setelah sekian lama pelbagai desas-desus tersebar sebelum ini, Microsoft telah memperkenalkan dua model perdana yang pertama sejak pengambilalihan dari Nokia. Model tersebut ialah Microsoft Lumia 950 dan Microsoft Lumia 950 XL dengan skrin yang lebih besar. 

Perbezaan kedua-dua model ini boleh dilihat pada saiz akrin, cip pemproses dan kapasiti bateri dimana Microsoft Lumia 950 hadir dengan 5.2 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels, pemproses Qualcomm MSM8992 Snapdragon 808 serta kapasiti bateri 3000 mAh manakala Lumia 950 XL pula hadir dengan skrin yang lebih besar 5.7 inci, cip Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810 dan bateri Li-Ion 3340 mAh. Spesifikasi lain dilihat hampir sama.

Microsoft Lumia 950 XL Dan Lumia 950Funsi Continuum Pada Windows 10

Antara salah satu keistimewaan pada peranti ini yang dijalankan pada platform Windows 10 ialah fungsi Continuum yang ada padanya. Didalam demonstrasi yang ditunjukan semalam, Continuum membolehkan telefon pintar Windows 10 dijadikan sebagai sebuah PC apabila disambungkan ke skrin PC atau TV melalui Dock khas yang dijual berasingan. Ia bukan sekadar memancar ke skrin kedua yang lebih besar, malah aplikasi-aplikasi yang dipanggil Universal Apps turut berubah antaramuka mengikut kesesuaian skrin seperti aplikasi yang terdapat pada Windows 10 versi Desktop.

Dock khas yang dipanggil Display Dock yang dilengkapi dengan sambungan HDMI dan tiga sambungan USB untuk dimuatkan dengan papan kekunci, tetikus dan sebagainya.

Microsoft Lumia 950 dan Lumia 950 XL, Klik Untuk Besarkan

Selain itu, fungsi pengambaran pada dua peranti Lumia ini turut mencuri perhatian penonton yang hadir pada majlis semalam. Ia hadir dengan teknologi PureView dengan 20 Megapixel kamera, 3 RGB LED Flash, Penstabilan Imej versi ke-5 serta kanta Carl Zeiss (f/1.9). Bukan itu sahaja, peranti ini turut menyokong rakaman video 4K untuk kualiti gambar yang lebih baik. Bagi kamera hadapan pula, kedua-dua peranti ini hadir dengan 5 Megapixel.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada Microsoft Lumia 950 dan Lumia 950 XL termasuk pengecasan tanpa wayar, kapasiti memori 32 GB yang menyokong slot tambahan sehingga 200GB, 3 GB RAM, sambungan USB Type-C serta pilihan Dual-SIM.

Untuk harga Microsoft Lumia 950 dijual pada harga USD549 (RM2349) manakala Microsoft Lumia 950 XL pula dipasarkan dengan harga USD649 (RM2779). Kedua-duanya boleh didapati dalam warna hitam dan putih dan dijual bermula November ini.