Microsoft Hololens Developers KitMicrosoft Perkenal Hololens Developerment Edition, Harga USD3000

Microsoft Hololens Developers Kit Dijual Pada Pembangun, Harga $3000

Semalam berlangsungnya satu acara khas Microsoft bagi memperkenalkan peranti-peranti terbaru keluarannya termasuk tiga Smartphone Lumia, Microsoft Band 2, dua peranti Surface dan juga Hololens Developers Kit. Bagi yang masih belum tahu, Hololens merupakan sebuah peranti holografik pertama dari Microsoft yang menyatukan objek fizikal dan digital yang boleh dilihat dan didengar. 

Jika sebelum ini, teknologi holografik hanya boleh dilihat di movie-movie seperti Iron Man dan sebagainya. Microsoft cuba merealisasikan teknologi tersebut dengan memperkenalkan Hololens. Daripada demostrasi yang dilakukan semasa perbentangan semalam dilihat ia mencuri perhatian penonton dengan demo projek yang dinamakan “Project X-ray” menunjukan permainan realiti menembak robot yang keluar dari dinding.

Demonstrasi Project X-Ray

Menurut Microsoft juga, Ia memiliki pemproses tersendiri dan platform dinamakan Windows Holographic yang cukup bijak mengenal objek-objek di sekeliling.

Untuk para pembangun, Microsoft telah melancarkan Hololens Developers Kit dengan harga USD3000 atau bersamaan RM12999 yang boleh didapati pada suku pertama tahun hadapan.