Microsoft Surface Pro 4Microsoft Surface Pro 4 Hadir Dengan Windows 10 Dan Surface Pen

Dalam acara pelancaran peranti Windows 10 semalam, Microsoft turut mengumumkan kesinambungan pada model Microsoft Surface yang dinamakan Microsoft Surface Pro 4. Untuk model kali ini, Microsoft hanya memperkenalkan model Pro sahaja dan tidak seperti sebelumnya yang hadir dengan Microsoft Surface Pro 3 dan Microsoft Surface 3 dengan spesifikasi dan harga yang lebih rendah. 

Menurut Microsoft, Microsoft Surface Pro 4 memiliki keupayaan 30% lebih pantas dari model sebelum ini dengan cipset Intel Generasi Ke-6, Intel Core i7 dengan 16 GB RAM dan 1 TB kapasiti hard disk. Namun, Surface Pro 4 ini berkemungkinan tidak akan hadir dengan variasi cipset dan ruangan memori seperti sebelum ini.

Microsoft Surface Pro 4
Microsoft Surface Pro 4, Klik Untuk Besarkan

Terbaru untu kali ini, Microsoft telah memperkenalkan Surface Pen dengan pilihan mata yang sesuai digunakan mengikut keadaan sama ada melukis, mengambil nota dan sebagainya. Ia hadir dengan lima pilihan warna termasuk merah, biru, hitam, putih dan emas. Lebih menarik lagi Surface Pen memiliki jangka hayat bateri sehingga setahun lamanya.

Microsoft juga telah mengemaskini papan kekunci Surface Type Cover yang dilengkapi dengan pengimbas cap jari dengan butang kekunci yang lebih pantas dan senyap. Ia turut hadir dengan pilihan warna yang sama seperti Surface Pen.

Spesifikasi lain untuk Microsoft Surface Pro 4 termasuk paparan sebesar 12.3 inci dengan resolusi 2736 x 1824 pixels, kamera 8 Megapixel di bahagian belakang dan 5 Megapixel di bahagian hadapan dan sebagainya. Microsoft mula menerima tempahan untuk peranti ini mulai hari ini dan diterima pada 26 Oktober ini. Ia akan dipasarkan pada harga USD899 atau bersamaan RM3779.