OnePlus XOnePlus X Bakal Hadir Dengan Paparan ClearForce, Snapdragon 801

OnePlus X Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi Dengan Paparan ClearForce Sebesar 5.0 Inci, Kamera 13 Megapixel, Cip Snapdragon 801

Sebelum ini telah tersebar di internet mengenai OnePlus akan memperkenalkan peranti ke tiga mereka yang dinamakan OnePlus X atau OnePlus Mini. Berbanding abangnya OnePlus 2 yang bersaing dengan kelas peranti “High-End”, OnePlus X akan mengfokuskan pada kelas pertengahan dengan spesifikasi terbaik pada kelasnya. 

Jika, OnePlus 2 merupakan peranti pembunuh kepada model flagship 2016, peranti ini pula mungkin akan bersaing hebat dengan model mid-range yang lain. Dengan spesifikasinya yang tersebar sudah cukup untuk membuatkan pengguna menanti-nantikan model baru ini dilancarkan. Apatah lagi ia dilaporkan akan hadir dengan skrin ClearForce-Ready Synaptics S3708 yang mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Apple Force Touch.

Gambar OnePlus X Yang Tertiris Sebelum Ini, Klik Untuk Besarkan

Mengenai spesifikasinya pula, ia bakal hadir dengan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD Penuh 1080p. Didalamnya pula ia dilengkapi dengan 2 GB RAM serta cip pemproses MediaTek MT6795 SoC atau mungkin juga dari Snapdragon 801.

Selain itu, OnePlus Mini akan membawakan kamera dengan sensor 13 Megapixel keluaran Sony dengan phase-detection autofocus (PDAF) dan electronic image stabilization (EIS). Ciri-ciri lain masih lagi belum didedahkan.

Sumber : GforGames