oneplus-x-4OnePlus X Versi Onyx atau Ceramic

OnePlus X Peranti Pertengahan Dengan Reka Bentuk dan Spesifikasi Premium Pada Harga Rendah. Hadir Dengan Dua Versi Onyx Dan Ceramic.

OnePlus telah memperkenalkan peranti ketiga sejak menjadi jenama pengeluar telefon pintar. Peranti ketiga ini dinamakan sebagai OnePlus X yang lebih mengfokuskan pada pasaran pertengahan. Jika model OnePlus 2 menjadi “2016 Flagship Killer”, model baru ini pula akan bersaing hebat dengan peranti pertengahan yang lain. Dengan rekaan premium serta harga yang lebih mampu milik sudah tentu memberi satu kelebihan pada peranti baru ini. 

OnePlus X akan hadir dengan dua versi yang dinamakan Onyx dan Ceramic. Perbezaannya bukanlah terletak pada spesifikasinya tetapi pada rekaannya dimana OnePlus X Onyx hadir dengan rekaan yang dihasilkan dari kaca hitam manakala versi OnePlus X Ceramic pula terhasil dari binaan berasaskan seramik yang telah dipanaskan bagi bagi meningkatkan ketahanannya. Harga kedua-dua versi ini juga berbeza dimana versi Onyx dijual pada harga USD249 (RM1080) manakala versi Ceramic pula dijual dengan harga USD399 (RM1729).

OnePlus X OnePlus X OnePlus X
Rekaan Premium Pada OnePlus X

Spesifikasi OnePlus X – Skrin 5.0 Inci, Kamera 13 MP, Cip Snapdragon 801

Dengan harganya yang sekitar RM1000 dengan rekaan premium serta spesifikasi yang meyakinkan sudah tentunya peranti ini menjadi pilihan bagi mereka yang sedang mencari peranti dalam lingkungan harga tersebut. OnePlus X dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 801 beesama 3 GB RAM dan 16 GB memori dalaman. Peranti ini juga menyokong slot tambahan microSD.

Di bahagian hadapan pula, peranti ini membawakan skrin Active Matrix OLED sebesar 5.0 Inci dengan resolusi HD1080P. Menurun OnePlus, peranti mereka ini menggunakan skrin yang sangat terang dan boleh dilihat walaupon di bawah cahaya matahari.

Baca Juga : Spesifikasi Penuh Smartphone OnePlus

Sistem kameranya juga dilihat agak baik dengan harga yang ditawarkan. Peranti ini dilengkapi dengan 13 Megapixel kamera dengan Sensor ISOCELL dari Samsung. Namun ia tidak dibekalkan dengan sistem penstabilan imej OIS dan juga rakaman video 4K. Dibahagian hadapan pula, OnePlus X membawakan kamera 8 Megapixel untuk Selfie.

Tidak seperti abangnya, OnePlus 2, peranti ini tidak menggunakan sambungan USB-Type C namun menggunakan port microUSB yang biasa. Pengimbas cap jari juga tidak disediakan untuk peranti pertengahan ini. Antara ciri-ciri lain pada peranti ini termasuk bateri Li-Po 2525 mAh, Android 5.1.1 (Lollipop) dengan kemasan antaramuka OxygenOS UI dan sebagainya.

oneplus-x-6OnePlus X Hadir Dengan 13 Megapixel Kamera, Kanta f/2.2 Serta Fungsi Autofokus Yang Pantas
oneplus-x-5OnePlus X Juga Menyokong Penggunaan Dual SIM Dan Juga Slot Memori Tambahan

Harga OnePlus X Di Malaysia dan Tarikh Pelancaran

Sebelum ini, kedua-dua model OnePlus  telah memasuki pasaran Malaysia yang di bawa secara Exklusif oleh Maxis. Untuk OnePlus X juga sudah tentunya akan memasuki pasaran tempatan namun sudah semestinya melalui jemputan.

Baca Juga : Harga Terkini Smartphone OnePlus Di Malaysia

Untuk model OnePlus X Ceramic, ia akan dihasilkan hanya 10,000 unit sahaja dengan harga sekitar USD399 (RM1729) manakala untuk OnePlus X Onyx pula akan dijual sekitar USD249 (RM1080). Melalui laman OnePlus Malaysia, peranti ini dijangka hadir pada 5 November ini. Jika anda berminat tentang peranti ini, anda boleh daftar minat anda di laman OnePlus Malaysia.