Oppo Neo 7 Oppo Neo 7 Diperkenalkan

Oppo Neo 7 Merupakan Peranti Mampu Milik. Harga Sekitar USD200 (RM850)

Oppo telah mengumumkan satu lagi peranti bagi mengisi pasaran peranti mampu milik dengan melancarkan Oppo Neo 7. Ia merupakan peranti yang akan menggantikan model Oppo Neo 5 yang telah diperkenalkan pada tahun lepas. 

Untuk model baru ini, Oppo telah tingkatkan hampir kesemua aspek berbanding Neo 5. Ia telah hadir dengan skrin yang lebih baik dan besar, kamera yang telah ditingkatkan serta prestasi yang lebih baik dengan ciri-ciri yang telah ditingkatkan. Harganya pula masih lagi dikatakan peranti mampu milik yang dijual pada harga sekitar USD200 atau bersamaan RM850.

Oppo Neo 7 Oppo Neo 7 Oppo Neo 7
Oppo Neo 7 Hadir Dengan Pilihan Warna dan Hitam

Spesifikasi Oppo Neo 7, Skrin 5″, 8 Megapxel, Pemproses Snapdragon 410.

Jika dilihat pada spesifikasi, Telefon pintar ini mungkin berada di kelas pertengahan rendah. Ia membawakan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi qHD yang mungkin agak rendah bagi peranti dengan harga sekitar RM850. Selain itu, Oppo Neo 7 membawakan pemproses Snapdragon 410 dengan keupayaan CPU Empat teras 1.2 Ghz yang hadir bersama 1 GB RAM dan 16GB memori dalaman. Slot memori tambahan microSD juga tersedia untuk peranti ini.

Bagi kamera pula, Neo 7 hadir dengan 8 Megapixel kamera utama dengan sensor bersaiz 1/4 inci serta bukaan kanta f/2.0. Kamera hadapan pula hadir dengan 5 Megapixel. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada model baru ini termasuk menggunakan platform Android 5.1 Lollipop, Bluetooth (v4.0), Wi-Fi 802.11 b/g/n, dan GPS.

Peranti ini akan diperkenalkan untuk pasaran India pada esok hari, Peranti ini juga akan menyusur di negara-negara Asia dan Afrika kemudiannya. Berkemungkinan besar juga Oppo Malaysia akan membawakan peranti ini untuk pasaran tempatan. Harga serta tarikh rasmi masih lagi belum diketahui.