Oppo R7s Diperkenalkan Dengan Skrin 2.5D Sebesar 5.5 Inci dan 4 GB RAM, Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Bulan Hardapan.
[AdsLink]Oppo telah memperkenalkan satu lagi peranti untuk keluarga R7 iaitu Oppo R7s yang telah diperkenalkan pada satu acara khas yang berlansung di Dubai. Ia merupakan salah satu alternatif kepada Oppo R7 dengan skrin yang lebih besar dan juga kapasiti RAM yang telah ditambah kepada 4 GB RAM bagi memastikan ia sentiasa lancar. [AdsPost]
Berbeza dengan model Oppo R7 yang biasa, peranti baru ini hadir dengan skrin AMOLED sebesar 5.5 inci yang dilapisi dengan dengan lapisan kaca 2.5D bagi memperlihatkan kesan sedikit lengkung di bahagian sisi skrin. Oppo R7s juga membawakan kapasiti bateri yang lebih besar dengan 3070 mAh.
Selain dari itu, Sepesifikasi Oppo R7s dilihat sama dengan R7 dimana ia membawakan pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 dengan CPU 8 teras, 13 Megapixel kamera utama dengan 8 Megapixel di bahagian hadapan serta tersedia dipasang dengan Android 5.1 Lollipop.
Baca Juga : Spesifikasi Oppo R7, R7 Plus, R7 Lite dan R7s
Lebih menarik lagi, Peranti ini akan dibawa masuk ke Malaysia pada bulan hadapan termasuk beberapa negara Asia yang lain seperti Thailand, Vietnam, Singapore, Taiwan, Australia, dan Indonesia. Namun harganya masih lagi belum didedahkan. Jangkaan kami sekitar RM1799.