Samsung Galaxy J1 Ace dan J2Samsung Galaxy J1 Ace dan J2 Di Pasaran Malaysia

Samsung Galaxy J1 Ace Dan Samsung Galaxy J2 Kini Di Malaysia. Telefon Pintar Murah Berharga Dari RM399.

Samsung Malaysia hari ini memperkenalkan dua lagi peranti dari keluarga Samsung Galaxy J untuk pasaran tempatan iaitu Samsung Galaxy J1 Ace dan Juga Samsung Galaxy J2. Kedua-duanya merupakan peranti mampu milik yang akan dijual pada harga RM399 untuk model Samsung Galaxy J1 Ace dan RM599 Untuk Samsung Galaxy J2. Harga adalah termasuk GST. 

Melalui poster yang dikeluarkan di laman Facebook Samsung Malaysia, Samsung turut senaraikan dua lagi peranti yang juga dari keluarga Galaxy J yang agak popular di pasaran tempatan sekarang ini iaitu Samsung Galaxy J5 dengan harga RM799 dan Samsung Galaxy J7 berharga RM999.

Samsung Galaxy J1 Ace Samsung Galaxy J1 Ace Samsung Galaxy J1 Ace
 Samsung Galaxy J1 Ace, Klik Untuk Besarkan
Samsung Galaxy J2 Samsung Galaxy J2 Samsung Galaxy J2
 Samsung Galaxy J2, Klik Untuk Besarkan

Spesifikasi Samsung Galaxy J1 Ace dan J2. Telefon Pintar Mampu Milik

Samsung J1 Ace membawakan skrin Super AMOLED sebesar 4.3 inci dengan resolusi 480 x 800 pixels. Ia turut hadir dengan 5 Megapixel kamera utama beserta 2 Megapixel di bahagian hadapan. Di dalamnya pula hadir dengan cip pemproses dengan kekuatan empat teras 1.2 Ghz dan juga 768 MB RAM. Memori dalamnya juga dilihat agak kecil dengan ruangan sebesar 4 GB. Namun, usah risau kerana peranti kecil ini menyokong slot tambahan sehingga 128 GB. Peranti kecil ini juga turut hadir dengan sokongan Dual-SIM, 4G LTE serta platform Android 4.4.4 Kitkat.

Bagi spesifikasi Samsung Galaxy J2 pula memiliki keupayaan yang lebih tinggi berbanding Samsung Galaxy J1 Ace. Ia hadir dengan skrin sebesar 4.7 inci dengan resolusi 540 x 960 pixels. Untuk kamera, ia dilihat menggunakan sensor yang sama dengan 5 Megapixel kamera utama beserta 2 Megapixel di bahagian hadapan. Antara ciri-ciri lain yang hadir untuk peranti ini termasuk pemproses Exynos 3475 Quad-Core 1.3 GHz , 1 GB RAM, 8 GB Memori dalaman beserta sokongan slot microSD. Peranti ini juga turut dilengkapi dengan Dual-SIM dan 4G LTE.

Lazada Malaysia dilihat mula menawarkan kedua-dua peranti ini dengan harga yang lebih murah dimana Samsung Galaxy J1 Ace dijual bermula RM385 manakala Samsung Galaxy J2 dijual bermula RM565. Bagi yang berminat anda boleh dapatinya sekarang di Lazada Malaysia.