Kemaskini Android 6.0 Marshmallow HTCSmartphone HTC Akan Menerima update Android 6.0 Hujung 2015

Senarai Smartphone Keluaran HTC Yang Bakal Menerima Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Bermula Penghujung Tahun Ini.

Berita baik untuk pengguna telefon pintar keluaran HTC, dimana HTC telah mengeluarkan senarai smartphone HTC yang akan menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow. Kepada pengguna HTC One M9 dan HTC One M8 anda akan menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow pada penghujung tahun ini.

Selain dua peranti perdana tersebut, HTC turut menyenaraikan lebih 10 peranti lain yang turut akan menerima kemaskini Android 6.0. Namun tarikhnya tidak dinyatakan dan berkemungkinan diterima pada awal tahun 2016. Senarai peranti tersebut termasuk HTC One M9+, HTC One E9+, HTC One E9, HTC One ME, HTC One E8, HTC One M8 EYE, HTC Butterfly 3, HTC Desire 826, HTC Desire 820 dan HTC Desire 816.

Menurut HTC, sesetengah peranti tersebut masih lagi belum menerima Android 5.1 Lollipop dan peranti tersebut akan terus melangkau dengan menerima Android 6.0 apabila ia dikeluarkan kelak. Lihat juga senarai peranti lain yang akan menerima update Android 6.0 Marshmallow.

SumberHTC