Trade-In Untuk Apple iPhone 6SSenQ Umumkan Tawaran Trade-In Untuk Apple iPhone 6S

SenQ Telah Mengumumkan Tawaran Trade-In Untuk Apple iPhone 6S Yang Boleh Didapati Pada 16 Oktober Ini Dengan Nilai Trade-In Sehingga RM900.

SenQ  telah membuat tawaran kepada sesiapa yang ingin membeli Apple iPhone 6s dengan program trade-in atau tukar beli peranti iPhone yang lama kepada Apple iPhone 6s dan Apple iPhone 6S Plus. Merujuk maklumat yang disertakan di laman Facebook SenQ, tawaran ini hanya sah untuk lima peranti Apple sahaja termasuk Apple iPhone 4, 4s, 5, 5S dan 5c. Untuk nilai tukaran beli pula seperti di bawah. 

  • Apple iPhone 4 – RM250
  • Apple iPhone 4S – RM350
  • Apple iPhone 5 – RM650
  • Apple iPhone 5S – RM900
  • Apple iPhone 5C – RM600

Tawaran ini hanya sah pada 16 Oktober ini dimana pada hari tersebut Apple iPhone 6S mula memasuki pasaran Malaysia dengan harga jangkaan bermula sekitar RM2599 sehingga RM3399 untuk Apple iPhone 6S dan RM2999 hingga RM3799 untuk Apple iPhone 6S.

Apple iPhone 6S Plus Apple iPhone 6S
Platform iOS 9 iOS 9
Processor Apple A9 Apple A9
RAM 2 GB RAM 2 GB RAM
Memory 16 / 64 / 128 GB 16 / 64 / 128 GB
Display 5.5 inches 4.7 inches
Resolution 1080 x 1920 pixels 750 x 1334 pixels
Camera 12 Megapixel 12 Megapixel
Front Cam. 5 Megapixel 5 Megapixel
Battery Li-Po 2915 mAh Li-Po 1810 mAh
Features
  • Fingerprint sensor
  • Fingerprint sensor
Price RM2999 – RM3799 RM2599 – RM3399