Harga Huawei Mate SHuawei Mate S, Peranti Dengan Force Touch Dari Huawei

Huawei Mate S Merupakan Smartphone Terbaik Yang Pernah Dihasilkan Huawei. Harga Di Malaysia Serendah RM2698 Untuk Model 64 GB.

Untuk pasaran Malaysia, Huawei baru saja mengumumkan satu-satunya peranti terbaik yang pernah mereka hasilkan setakat ini iaitu Huawei Mate S. Harganya juga agak tinggi yang dijual pada harga RM2698 untuk pasaran tempatan. Diharap pihak telco akan memperkenalkan plan khas untuk peranti ini bagi memudahkan pengguna mendapatkannya dengan lebih murah. 

Peranti ini banyak persamaannya dengan model terbaru keluaran Apple iaitui iPhone 6S Plus. Kedua-duanya menawarkan skrin sebesar 5.5 inci, warna Rose Gold dan juga teknologi baru iaitu 3D Touch yang terdapat pada iPhone 6S dan Forch Touch yang terdapat pada Huawei Mate S. Sebelum itu, Mari kita lihat perbandingan antara Huawei Mate S dan Apple iPhone 6S di bawah untuk ketahui persamaan dan perbezaan kedua-dua peranti ini dengan lebih jelas.

Huawei Mate S Apple iPhone 6s Plus
Platform Android 5.1.1 (Lollipop) iOS 9
Processor HiSilicon Kirin 935 Apple A9
RAM 3 GB RAM 2 GB RAM
Memory 32 / 64 / 128 GB 16 / 64 / 128 GB
Display 5.5 inches 5.5 inches
Resolution 1080 x 1920 pixels (FHD) 1080 x 1920 pixels (FHD)
Camera 13 Megapixel 12 Megapixel
Front Cam. 8 Megapixel 5 Megapixel
Battery 2700 mAh Li-Po 2750 mAh
Features
  • Fingerprint sensor
  • Force Touch
  • Optional Dual SIM
  • Fingerprint sensor
  • 3D Touch
Price RM2698 RM3699 – RM4699
Full Specs Huawei Mate S Apple iPhone 6s Plus

Spesifikasi HTC One M8 Eye – Skrin 5.5″, Kamera 13 MP, Cip HiSilicon Kirin 935

Seperti yang ditunjukan pada perbandingan spesifikasi di atas, Huawei Mate S merupakan peranti dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh 1080P. Huawei masih belum bersedia menggunakan skrin Quad-HD pada model barunya ini seperti kebanyakan peranti perdana yang lain. Skrinnya juga mendapat perlindungan daripada Corning Gorila Glass bagi melindunginya dari pecah atau retak.

Huawei Mate S Huawei Mate S Huawei Mate S
Rekaan Premium Pada Huawei Mate S

Menarik mengenai paparannya sudah tentu pada teknologi Force Touch yang terdapat padanya. Fungsinya hampir sama dengan 3D Touch pada iPhone 6S dimana ia boleh mengesan kadar tekanan ketika menyentuh skrin yang membolehkan anda mencpai sesuatu fungsi termasuk mengukur berat sesuatu objek dengan hanya meletakannya di atas skrin.

Untiuk spesifikasi pula, Huawei menggunakan Cipset keluarnnya sendiri iaitu HiSilicon Kirin 935 dengan kepantasan CPU 8 Teras. Ia juga turut dilengkapi dengan dengan 3 GB RAM serta pilihan memori terbina 32, 64 dan 128 GB. Namun untuk pasaran Malaysia hanya model 64 GB akan dibawa masuk. Lebih sedih lagi, model ini tidak disertakan dengan fungsi Force Touch yang boleh didapati hanya pada model 128 GB sahaja.

Baca Juga : Senarai dan Spesifikasi Penuh Smartphone Huawei

Fungsi pengambaran sentiasa menjadi keutamaan pada model perdana keluaran Huawei ini, ia dimuatkan dengan 13 Megapixel kamera yang hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik. Antaranya seperti Penstabilan Imej (OIS), Kanta yang diperbuat dari Nilam (Sapphire) serta Dual LED Flash. Ia juga turut menawarkan mod Professional yang membolehkan kawalan penuh pada Shutter Speed, ISO, Exposure, Light Saturation dan banyak lagi bagi menghasilkan gambar yang lebih menarik. Untuk kamera selfie pula, peranti ini membawakan lensa 8 Megapixel beserta Flash untuk itu.

Video Promo Huawei Mate S

Harga Huawei Mate S Di Malaysia Dan Di Mana Untuk Membeli Peranti ini

Seperti yang dinyatakan di atas, Harga Huawei Mate S dijual sekitar RM2698 untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan model 64 GB yang hadir dengan tiga pilihan warna Luxurious Gold, Mystic Champagne dan Titanium Grey. Untuk warna Rose Gold mungkin tidak akan dibawa masuk.

Baca Juga : Senarai Harga Terbaru Huawei Di Malaysia

Peranti ini telah tersedia di kedai-kedai rasmi Huawei. Bagi yang ingin dapatkannya secara online, laman rasmi jualan Huawei, Vmall.my dilihat masih lagi belum menawarkan peranti ini. Namun sudah tentunya anda boleh dapatkannya dengan harga promosi di Lazada Malaysia.