Asus Zenfone 2 Deluxe Asus Zenfone 2 Deluxe Dengan Kerangka Luar Kristal

Asus Zenfone 2 Deluxe Hadir Dengan Kerangka Luar Yang Lebih Premium, Memori Dalaman Beserta RAM Yang Telah Ditingkatkan.

Selain Asus Zenfone 2, Asus telah mengeluarkan pelbagai variasi untuk peranti ini bagi meningkatkan lagi persaingan terutamanya untuk kelas pertengahan. Antara peranti-peranti tersebut termasuk Asus Zenfone 2 Laser, Asus Zenfone Max dan Asus Zenfone 2 Deluxe.

Berbeza dengan Asus Zenfone 2 yang asal, Tiga model ini membawakan beberapa ciri-ciri tambahan seperti kapasiti bateri yang besar yang terdapat pada Zenfone Max, Kamera dengan Laser Autofokus pada Zenfone Laser serta rekaan premium dengan kerangka bercorak kristal yang terdapat pada Asus Zenfone 2 Deluxe.

Samsung Galaxy J1 Ace Samsung Galaxy J1 Ace Samsung Galaxy J1 Ace
Asus Zenfone 2 Deluxe, Klik Untuk Besarkan

Spesifikasi Asus Zenfone 2 Deluxe, Peranti Dengan 5.5 Inci, 13 Megapixel

Asus Zenfone 2 Deluxe boleh dikatakan model kelas tertinggi untuk semua variasi Asus Zenfone 2. Untuk model ini, Asus telah membuat rekaan baru pada kerangka luarnya yang hadir dengan corak kristal dengan pelbagai pilihan warna baru termasuk unggu, merah jambu dan putih. 

Baca Juga : Spesifikasi Penuh Asus Zenfone 2 Deluxe

Ruangan memori juga telah ditingkatkan dengan memuatkan 64 GB, 128GB, dan juga 256 GB untuk model Special Edition. RAM juga telah ditetapkan kepada 4 GB RAM. Untuk model ini, Asus masih lagi mempercayaai cipset keluaran Intel dimana ia dimuatkan dengan pemproses Intel Atom Z3580 dengan keupayaan CPU Empat Teras sehingga 2.3 Ghz.

Video Promo Asus Zenfone 2 Deluxe

Selain itu, peranti pertengahan ini turut dilengkapi dengan paparan sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh 1080P. Skrin hadapan juga turut dilapisi dengan lapisan kaca Gorilla Glas bagi mencegahnya daripada calar dan juga retak.

Bagi fungsi pengambaran pula, ia hadir dengan 13 Megapixel kamera lengkap dengan Dual LED Flash, Autofokus, HDR serta rakaman video HD Penuh. Di bahagian hadapan pula dimuatkan dengan 5 Megapixel untuk selfie.

Harga Asus Zenfone 2 Deluxe Di Malaysia. RM1599 Untuk Model 128GB

Untuk pasaran Malaysia, Asus Zenfon 2 Deluxe telah pon berada di pasaran. Ia dijual dengan harga RM1599 untuk model 128GB yang hadir dengan 4 GB RAM. Namun, untuk pasaran Malaysia berkemungkinan hadir dengan pilihan warna unggu sahaja.

Baca Juga : Senarai Harga Terbaru Untuk Smartphone Asus di Malaysia

Lazada Malaysia turut menawarkan peranti yang sama dilaman mereka. Harganya juga dilihat lebih murah dengan lebih banyak variasi memori dalaman serta pilihan warna. Untuk mendapatkannya, Anda boldh melihat di laman Lazada Malaysia.