Harga HTC One M8 EyeHTC One M8 Eye, Peranti Perdana Pada Harga Rendah

HTC One M8 Eye Merupakan Peranti Premium dari HTC yang Telah Dilancarkan di Pasaran Malaysia. Harga HTC One M8 Eye Serendah RM1399

Mungkin agak lambat HTC One M8 Eye memasuki pasaran tempatan. Ianya baru saja dilancarkan di Malaysia dengan harga RM1399 setelah hampir setahun diperkenalkan buat pertama kali. Model ini merupakan variasi kepada peranti perdana HTC One M8. Keseluruhannya, HTC One M8 Eye dan M8 adalah sama. Bezanya pada kamera dimana HTC One M8 Eye hadir dengan 13 Megapixel kamera manakala M8 yang asal hadir dengan kamera Ultrapixel dari HTC. 

Adakah masih berbaloi untuk memiliki HTC One M8 Eye?. Sebuah peranti perdana dengan reka bentuk premium, spesifikasi kelas atasan pada harga dibawah RM1400. Bagi kami, walaupon peranti ini agak lambat memasuki pasaran tempatan namun pada harga yang ditawarkan mungkin boleh dipertimbangkan. Kita cuba bandingkan harga peranti ini dengan harga jualan ketika pelancarannya dulu yang dijual sekitar USD650 atau mencecah RM2800. Agak tinggi bukan.

Untuk pasaran Malaysia juga, HTC One M8 yang asal juga dijual sekitar RM1499 setelah lebih setahun di pasaran tempatan. Jadi, dengan harganya yang lebih murah tambahan dengan spesifikasi dan reka bentuk premium yang ditawarkan, ia masih lagi berbaloi dimiliki.

HTC One M8 Eye HTC One M8 Eye HTC One M8 Eye
HTC One M8 Eye Hadir Dengan Kerangka Logam

Spesifikasi HTC One M8 Eye – Skrin 5.0″, Kamera 13 MP, Cip Snapdragon 801

Sebagai sebuah peranti flagship, Spesifikasi HTC One M8 dilihat begitu meyakinkan. Apatah lagi HTC One M8 Eye kini berada dalam senarai peranti yang akan menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow. Telefon pintar ini merupakan peranti dengam skrin 5.0 inci dengan resolusi HD Penuh 1080P.

Prestasinya juga boleh dikatakan masih lagi berada di kelasnya walaupon sudah lama diperkenalakan. Ia dipadukan dengan pemproses Snapdragon 801 dengan keupayaan CPU Quad Core 2.3 Ghz yang hadir bersama 2 GB RAM dan 16GB memori dalaman. HTC turut menawarkan slot tambahan sehingga 128GB untuk peranti ini.

Baca Juga : Senarai Harga Terbaru HTC Di Malaysia

Kita lihat pula pada sistem kameranya dimana ia menawarkan Dual 13 Megapixel kamera. Penggunaan Dual kamera sangat-sangat membantu dalam menghasilkan kualiti gambar yang sangat baik terutamanya bagi menghasilkan Depth of Field atau kesan “Bokeh” yang lebih baik. Di bahagian hadapan pula dilengkapi dengan 5 Megapixel untuk selfie dan panggilan video.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti ini termasuk HTC BoomSound, sambungan internet 4G LTE dan sebagainya. Namun fungsi-fungsi terkini seperti pengimbas cap jari dan USB Type-C tidak terdapat pada peranti ini.

Spesifikasi Serta Kelebihan Dan Kekurangan HTC One M8 Eye

Spesifikasi HTC One M8 Eye
Platform Android 4.4.4 (KitKat), Boleh dikemaskini ke Android 6.0 Marshmallow
Pemproses Qualcomm Snapdragon 801, Quad-core 2.3 GHz
Memori 16 GB, 2 GB RAM, Sokongan microSD sehingga 128 GB
Paparan 5.0 inches, 1080 x 1920 pixels
Kamera Utama Dual 13 Megapixel, Dual-LED flash
Kamera Depan 5 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Ion 2600 mAh battery
  • Warna Kelabu, Perak dan Emas
Harga Di Malaysia RM1399
Kelebihan
  • Harganya yang lebih rendah berbanding model perdana yang lain
  • Memiliki Dual Kamera dengan Dual Flash
  • Boleh Dikemaskini ke Android 6.0 Marsmallow
Kekurangan
  • Tidak memiliki pengimbas cap jari dan juga sambungan USB Type-C
  • Tidak menyokong SIM kedua
Harga HTC One M8 EyeHTC One M8 Eye Hadir Dengan BoomSound Untuk Speaker Yang Lebih Baik

Harga HTC One M8 Eye Di Malaysia Dan Di Mana Untuk Membeli

Harga HTC One M8 Eye dijual dengan harga RM1399. Ia sudah boleh dibeli di kedai-kedai rasmi HTC termasuk di atas talian Lazada Malaysia. Dengan harga RM1399 anda akan menerima model dengan 16 GB internal memori, 2GB RAM serta tiga pilihan warna termasuk Gunmetal Gray, Glacial Silver dan Amber Gold.