Harga dan Spesifikasi Samsung Galaxy View Samsung Galaxy View, Pengalaman Baru Menonton Movie Pada Skrin Besar

Samsung Galaxy View Sebuah Tablet Dengan Skrin Terbesar Yang Pernah Dihasilkan. Harga Samsung Galaxy View Dijangka Sekitar RM2579.

Samsung hari ini telah melancarkan tablet terbesar yang pernah mereka hasilkan iaitu Samsung Galaxy View yang memiliki skrin sebesar 18.4 inci. Menurut Samsung, tablet ini merupakan tablet berasakan android yang terbesar di pasaran sekarang. 

Dengan skrin sebesar ini sudah tentunya ia tidak sesuai untuk kegunaan harian. Ia lebih sesuai untuk kegunaan golongan Eksekutif dalam memudahkan kerja-kerja mereka seperti memudahkan perbentangan dalam skala yang kecil, membuat lakaran gambar dan sebagainya. Tetapi, bagi yang gemar menonton movie pada skrin yang besar serta mudah dibawa ke mana-mana sahaja, Tablet ini juga sesuai untuk anda.

Samsung Galaxy View Samsung Galaxy View Samsung Galaxy View
Samsung Galaxy View Hadir Skrin Sebesar 18.4 Inci

Spesifikasi Samsung Galaxy View – Skrin 18.4 Inci, 2.1 MP Kamera, Exynos 7580.

Untuk spesifikasi Samsung Galaxy View pula, ia  hadir dengan 18.4 inci dengan resolusi HD Penuh. Didalamnya pula membawakan Cipset keluaran Samsung sendiri iaitu Samsung Exynos 7580 SoC yang membawakan CPU 8 teras 1.6 Ghz. Selain itu, Samsung juga memuatkan RAM sebesar 2 GB untuk peranti ini bersama-sama dengan pilihan 16 atau 32 GB memori dalaman.

Untuk tablet bersaiz besar ini, Samsung meletakan kapasiti bateri 5700mAh yang akan menghidupkann tablet ini sehingga 8 jam lamanya. Untuk kamera pula, tablet besar ini hanya hadir dengan 2.1 Megapixel kamera di bahagian hadapan sahaja untuk membuat panggilan video. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti ini termasuk 4G LTE, WiFi, Bluetooth dan sebagainya.

Untuk harga Samsung Galaxy View pula masih lagi belum diumumkan Samsung. Namun sesetengah kedai atas talian di US telah sedia menerima tempahan dengan harga USD599 bersamaan RM2579 untuk model 32 GB dan Wifi Sahaja.