Harga dan Tempahan Microsoft Surface Pro 4Tempahan Microsoft Surface Pro 4 Dibuka

Microsoft Surface Pro 4 Kini Tersedia Dipasaran Malaysia. Tempahan Awal Dibuka Dengan Harga Bermula RM3999 hingga RM9799.

Dua minggu yang lepas, Microsoft secara rasminya telah memperkenalkan Microsoft Surface Pro 4 dengan spesifikasi dan prestasi yang telah ditingkatkan. Hari ini, Microsoft Malaysia mula membuka tempahan awal bagi yang ingin mendapatkan Microsoft Surface Pro 4 pada harga bermula dari RM3999 dan mencecah RM9799 untuk model dengan spesifikasi yang lebih baik. Untuk harga yang lebih terperinci boleh merujuk jadual dibawah: 

Harga Rasmi Microsoft Surface Pro 4
Processor Hard Disk RAM Harga
CoreM 128GB 4 GB RM3999
i5 128GB 4 GB RM4499
i5 256GB 8 GB RM5799
i7 256GB 8 GB RM7099
i7 256GB 16 GB RM8049
i7 512GB 16 GB RM9799
Lihat Juga : Spesifikasi Penuh Microsoft Surface Pro 4

Nampaknya untuk pasaran Malaysia tiada model 1TB HardDisk sepertimana yang dipasarkan di US dengan harga USD2699 (RM 11,400). Microsoft Malaysia hanya membawa masuk 6 Model seperti diatas daripada 9 Model keseluruhannya.

Baca Juga : Microsoft Surface Pro 4 Dengan Windows 10 Dan Surface Pen

Selain daripada itu, Microsoft turut memperkenalkan aksesori tambahan untuk Laptop Hybrid ini iaitu Surface Pro 4 Type Cover yang bakal dijual pada harga RM529, Surface Pro 4 Dock dengan harga RM1059 serta Surface Pen yang bakal dipasarkan dengan harga RM240.

Sedikit mengenai Microsoft Surface Pro 4 yang merupakan tablet hibrid dengan skrin sebesar 12.3 inci dengan teknologi PixelSense untuk paparan yang lebih baik. Ia juga membawakan kamera utama 8 Megapixel, kamera hadapan 5 Megapixel serta hadir dengan platform Windows 10.

Bagi yang ingin membuat tempahan awal untuk Microsoft Surface Pro 4 boleh membuatnya di Laman Lazada Malaysia.