Android 6.0 Marsmallow Google NexusPengguna Google Nexus Boleh Update Ke Android 6.0 Marsmallow Hari Ini

Muat Turun Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Untuk Peranti Google Nexus.

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, pengguna-pengguna peranti keluaran Google Nexus sudah boleh mula mengemaskini peranti anda ke Android 6.0 Marshmallow. Kemaskini ini melibatkan 6 peranti Nexus termasuk Google Nexus 5, Nexus 6, Nexus 7 (2013), Nexus 9 dan juga Nexus Player. Tiada kemas kini untuk peranti Nexus sebelumnya seperti LG Nexus 4, Nexus 10 dan juga Asus Nexus 7 (2012).

Untuk platform terbaru ini, Google menekankan enam perkara baru pada Android 6.0 Marshmallow antaranya seperti kawalan kebenaran aplikasi bagi meningkatkan keselamatan peranti, sistem bayaran melalui peranti mudah alih, sokongan penuh pada pengimbas cap jari, penggunaan bateri yang lebih baik dan sebagainya.

Untuk kemaskini “On The Air” mungkin agak lambat di Malaysia yang bergantung pada lokasi dan juga rangkaian. Namun, anda boleh mengemaskini sekarang secara manual dengan muat turunnya di laman Google.