Apple iPhone 6s headphone jack

Apple iPhone 7 Dijangka Tidak Akan Hadir Dengan Headphone Jack. Digantikan Dengan Sambungan Lightning Untuk Rekaan Yang Lebih Nipis.

Setiap kali pelancaran model baru iPhone sudah tentunya banyak ciri-ciri baru yang telah diperkenalkan seperti mana model sebelum ini yang diperkenalkan dengan teknologi 3D Touch yang terdapat pada Apple iPhone 6s dan juga Apple iPhone 6S Plus

Terbaru mengenai khabar angin Apple iPhone 7 pula yang dijangka tidak akan hadir dengan sambungan 3.5 mm Headphone Jack. Jadi, bagaimana pula yang inginkan mendengar lagu menggunakan Earphone atau Headphone?. Sebenarnya, Apple dijangka akan menggantikan headphone jack dengan sambungan Lightning bagi digunakan pada headphone.

Alasannya ialah, mereka dijangka akan hadir dengan peranti yang lebih nipis pada model akan datang. Memang diakui penggunaan headphone jack yang memiliki diameter agak besar yang akan membataskan pada peranti untuk meminimumkan ketebalannya. Perkara ini telah dilakukan buat kali pertama pada Oppo R5 dimana Oppo telah membuang sambungan headphone jack pada peranti ini dan menjadikan perantinya sangat-sangat nipis dengan hanya 4.9 mm. Apple iPhone 6s Plus yang dilancakan sebelum ini memiliki ketebalan 7.3 mm.

Ketebalan sebenar iPhone 7 masih belum didedahkan namun sudah semestinya lebih nipis dari model sebelum ini. Apple iPhone 7 dijangka hadir pada tahun hadapan. Ia turut dikhabarkan hadir dengan Cip A10 dan 3 GB RAM.