asus vivowatchAsus VivoWatch

Asus VivoWatch Kini Di Malaysia Dan Sedia Menerima Tempahan Dengan Harga RM799. Jam Pintar Yang Akan Menjaga Kesihatan Seharian Anda.

Asus Malaysia telah mengumumkan jam pintar Asus VivoWatch yang mengfokuskan pada penjagaan kesihatan untuk pasaran Malaysia. Ia akan dipasarkan dengan harga RM799 yang kini telah dibuka untuk tempahan yang boleh dibuat All IT Hypermarket pada 21 dan 22 November ini. Asus juga telah membuat tawaran bagi 50 pembeli yang terawal yang akan menerima sebuah powerbank Asus ZenPower percuma. 

Asus VivoWatch agak berbeza dengan kebanyakan jam pintar yang berada di pasaran sekarang. Ia menggunakan platformnya sendiri berbanding menggunakan Android Wear OS bagi mengoptimumkan penggunaan bateri pada peranti ini. Hasilnya, jam pintar ini boleh mencapai jangka hayat bateri sehingga 10 hari lamanya.

Selain itu, rekaannya juga agak bergaya dengan skrin petak berukuran 128 x 128 pixel serta dengan perlindungan dari Corning Gorilla Glass 3. Selain digunakan untuk melihat masa, peranti ini juga digunakan untuk menguruskan kehidupan yang lebih baik. Ia boleh memantau denyutan nadi, Memiliki LED penunjuk untuk pembakaran kalori yang lebih efektif, Memantau tidur, Penjejak langkah dan sebagainya.

Bagi yang berminat untuk dapatkan Asus VivoWatch boleh dapati di semua cawangan All IT Hypermarket termasuk di Low Yat, Digital Mall, IPC, KLCC dan IOI City Mall Putrajaya dengan harga RM799.