BlackBerry ViennaBlackBerry Vienna

Gambar BlackBerry Vienna Tertiris. Mungkinkah Peranti Android Ke-2 Dari BlackBerry Dengan Papan Kekunci QWERTY, Tanpa Skrin Gelungsur.

Blackberry sebelum ini mengambik langkah drastik dalam cubaannya untuk mengembalikan keyakinan pengguna terhadap produknya yang semakin terhakis dalam beberapa tahun ini. Meraka telah mengeluarkan peranti yang berasakan Android yang pertama dinamakan BlackBerry Priv namun masih lagi mengekalkan identitinya dengan papan kekunci fizikal QWERTY. 

BlackBerry Priv masih baru dipasaran dan terlalu awal kita menduga sambutannya dari pengguna terutamanya di US dan Kanada. Terbaru gambar BlackBerry Vienna pula tertiris dai laman internet yang dikatakan peranti kedua dari BlackBerry yang akan menggunakan platfform Android. Rekaannya juga dilihat masih sama dengan papan kekunci QWERTY namun tiada skrin gelongsor untuk peranti ini.

Spesifikasinya masih lagi misteri, namun dengan gambar yang tertiris menunjukan BlackBerry Vienna akan hadir dengan empat pilihan warna termasuk merah, putih, hitam dan biru gelap. Rekaannya juga mungkin agak panjang berbanding peranti lain yang berada di pasaran oleh kerana butang QWERTY berada dibawahnya. Dan berkemungkinan besar BlackBerry Vienna akan mengfokuskan pasaran pertengahan.

Namun, masih terlalu awal untuk kita menduga peranti BlackBerry Vienna ini terutamnya gambar tertiris hari ini masih belum dapat dipastikan sama ada rekaan akhir atau sebaliknya.

Sumber : CrackBerry