mi-band-4Gelang Kecergasan Xiaomi Mi Band Pulse

Gelang Kecergasan Xiaomi Mi Band Pulse Hadir Dengan Pengesan Denyutan Nadi, Mula Di Pasaran 11 November Pada Harga Sekitar RM69

Xiaomi telah memperkenalkan kemaskini kepada Xiaomi Mi Band yang telah dilancarkan tahun lalu. Model baru ini dinamakan sebagai Xiaomi Mi Band Pulse yang dilengkapi dengan pengeasn denyutan nadi. Ia telah dilancarkan di China dan akan mula dipasarkan pada 11 November ini pada harga 99 Yuan atau bersamaan RM69. 

Dengan harga yang ditawarkan sudah tentunya gelang kecergasan dari Xiaomi ini antara yang termurah di pasaran sekarang. Di Malaysi, Mi Band Versi pertama dijual pada harga RM59. Berkemungkinan untuk model baru ini akan dijual sedikit tinggi di pasaran Malaysia oleh kerana beberapa fungsi baru telah ditambah termasuk pengesan nadi.

Xiaomi Mi Band Pulse Xiaomi Mi Band Pulse Xiaomi Mi Band Pulse
Gambar Xiaomi Mi Band Pulse

Penambahan pengesn nadi akan melengkapkan model Mi Band sebelum ini. Ini bermaksud pemantauan kesihatan anda lebih terperinci untuk setiap aktiviti yang dilakukan termasuk kawalan kalori makanan dan juga memantau tidur.

Rekaannya pula masih lagi mengekalkan rekaan dan warna yang sama termasuk merah jambu, biru dan hitam. Segala data harian anda boleh dilihat setelah menyambungnya ke peranti Android 4.4 dan keatas melalui bluetooth 4.0 LE.

Selain itu, Xiaomi Mi Band Pulse memiliki kapasiti bateri 45mAh yang dikatakan boleh bertahan sehingga 20 hari. Xiaomi Mi band juga dilengkapi dengan ciri-ciri kalis air dan debu dengan pengikhtirafan IP67. Buat masa ini masih belum ada maklumat tarikh peranti ini akan dipasarkan diluar China termasuk Malaysia.

Sumber : MiUi