Apple iPad Pro Apple iPad Pro Di Malaysia

Apple iPad Pro Kini Mula Di Pasaran Malaysia. Harga Apple iPad Pro Bermula Dari RM3599 Yang Hadir Dengan Tiga Variasi Dan Pelbagai Aksesori.

Apple hari ini telah mengeluarkan harga bagi produk terbaru mereka iaitu Apple iPad Pro dilaman web mereka secara serentak pada lebih 40 negara termasuk Malaysia. Pembelian sudah pon boleh dibuat untuk pasaran Malaysia dimana ia hadir dengan tiga model iaitu model 32 GB Wifi yang hadir dengan harga RM3599, model 128 GB Wifi pada harga RM4299 serta model 128 GB versi LTE yang hadir dengan harga RM4899. 

Merujuk di laman rasmi Apple Malaysia, mereka turut menyenaraikan harga bagi aksesori tambahan seperti dibawah:

  • Apple Pencil – RM469
  • iPad Pro Smart Keyboard – RM799
  • iPad Pro Smart Cover – RM279
  • iPad Pro Silicone Case – RM379

Sekiranya anda memerlukan penjagaan yang lebih baik pada iPad Pro anda, Apple turut menyediakan plan AppleCare Protection dengan tambahan harga RM264.

Apple iPad Pro Apple iPad Pro Apple iPad Pro
Gambar Apple iPad Pro

Sedikit mengenai spesifikasi Apple iPad Pro yang merupakan siri baru untuk tablet dari Apple. Ia merupakan tablet iPad yang lebih besar dengan skrin sebesar 12.9 inci dengan sokongan stylus yang dinamakan Apple Pencil. iPad Pro mungkin lebih sesuai digunakan untuk golongan eksekutif bagi membantu pekerjaan harian mereka. Penggunaan Apple Pencil juga turut memberi manfaat terutamanya pada para artis bagi melengkapkan lukisan digital mereka dan sebagainya.

Baca Juga : Spesifikasi Penuh Apple iPad Pro

Tablet premium ini juga hadir dengan 8 Megapixel kamera belakanag, 1.2 megapixel kamera selfie serta pengimbas cap jari. Ia turut disertakan dengan pemproses Apple A9X, 4 GB RAM dan banyak lagi.