Huawei Nexus 6P di Malaysia

Adakah Huawei Nexus 6P Akan Memasuki Pasaran Malaysia?. Laman Vmall.my Telah Mempersiapkan Laman Khas Untuk Jualan di Malaysia.

Seperti yang kita tahu kebanyakan smartphone dari keluarga Google Nexus akan dijual melalui Google Play. Tetapi malangnya di Malaysia masih belum menyokong pembelian peranti melalui kaedah ini. Kebanyakan telefon pintar Nexus sebelum ini merupakan model yang telah di import dengan jaminan dari kedai itu sendiri seperti yang dilakukan Directd.com.my yang turut menawarkan Huawei Nexus 6P pada harga RM2899 untuk model 32 GB dan RM3299 untuk model 64 GB. 

Adakah Google atau Huawei akan membawa masuk telefon pintar Huawei Nexus 6P Original atau versi rasmi untuk pasaran Malaysia?. Buat masa ini belum ada kenyataan rasmi terutamanya dari Huawei mengenai kemasukan peranti ini untuk pasaran Malaysia. Namun melalui WebCache menunjukan laman vmall.my telah mempersiapkan halaman khas untuk jualan Nexus 6P untuk pasaran tempatan. Tarikh pasaran masih lagi tidak di dedahkan.

Huawei Nexus 6P di Malaysia

Harga Huawei Nexus 6P Di Malaysia Sekitar RM2899 Untuk Model 64 GB

Melalui laman tersebut, Huawei Nexus 6P akan hadir dalam dua pilihan warna hitam dan putih dengan memori dalaman 64 GB pada harga RM2899. Tiada model 32 GB dan 128 GB untuk pasaran tempatan. Harganya dilihat agak tinggi jika dibandingkan dengan harga semasa pelancarannya dahulu iaitu pada harga USD549 atau sekitar RM2350 untuk model 64 GB. Mungkin kerana tiada lagi subsidi dari Google untuk peranti ini.

Baca Juga : Spesifikasi Penuh Huawei Nexus 6P dan juga LG Nexus 5X

Mengenai spesifikasi Huawei Nexus 6P sudah tentunya ia hadir dengan platform Android terbaru Android 6.0 Marshmallow. Ia merupakan sebuah phablet perdana dengan skrin sebesar 5.7 inci serta paparan Quad-HD. Ia turut hadir dengan pengimbas cap jari, pemproses Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810, kamera 12 Megapixel dan sebaginya.