Harga OnePlus X

Harga OnePlus X di Malaysia Sekitar RM1288 Yang Boleh Di Dapati Di Lazada Malaysia Bermula 4 Disember Ini.

 OnePlus X telah diperkenalkan beberapa minggu yang lalu dan merupakan peranti pertama dari OnePlus untuk pasaran pertengahan. Sebelum ini, Maxis telah menjadi pengedar eksklusif untuk dua model perdana OnePlus One dan juga OnePlus 2. Namun, untuk model pertengahan ini, jualan di Malaysia akan dibawa masuk oleh Brightstar yang kini sedia dibuat tempahan melalui Lazada Malaysia.

Lebih menarik lagi, mungkin tiada sistem jemputan untuk membeli sepertimana diguna pakai pada dua model OnePlus sebelum ini. Harga OnePlus X di Malaysia akan ditawarkan dengan harga RM1288 yang akan mula dipasarkan pada 4 December ini dan jangan lupa untuk gunakan kod promosi  [oneplusx25] untuk dapatkan potongan harga sebanyak RM25.

OnePlus X OnePlus X OnePlus X
Rekaan Premium Pada OnePlus X

OnePlus sebelum ini telah melancarkan OnePlus X dengan dua variasi iaitu Onyx dan Ceramic dengan perbezaan pada bahan binaan kerangka luaran dimana versi Ceramic merupakan edisi terhad. Harga OnePlus X versi Ceramic juga jauh lebih mahal berbanding Onyx. Spesifikasi kedua-duanya adalah sama yang hadir dengan skrin HD Penuh sebesar 5.0 inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 801, Kamera 13 Megapixel dan 8 Megapixel di bahagian hadapan, Memori 16 GB serta 3 GB RAM.

Berminat dengan OnePlus X, Layari Lazada Malaysia untuk dapatkannya bermula 4 Disember ini.