Harga Oppo Neo 7 di MalaysiaOppo Neo 7 Diperkenalkan di Malaysia Dengan Harga RM798

Oppo Neo 7 Peranti Pertengahan Dengan Harga RM798 Di Malaysia. Mula Di Pasaran Pada 3 November Ini Dari Pengedar Rasmi Oppo.

Beberapa hari yang lalu, Oppo telah memperkenalkan peranti baru yang dinamakan Oppo Neo 7 yang akan menggantikan Oppo Neo 5 untuk pasaran pertengahan. Memandangkan jualan peranti Oppo di Malaysia agak mendapat sambutan, Oppo Malaysia telah membawa peranti ini ke pasaran Malaysia yang akan mula dijual pada 3 November ini dengan harga RM798. 

Dengan spesifikasi yang ditawarkan, harganya mungkin dilihat agak tinggi yang hadir dengan spesifikasi pertengahan rendah. Mungkin rekaan berkualiti yang dilihat agak premium dengan dua pilihan warna emas dan perak membuatkan harganya lebih tinggi.

Oppo Neo 7 Oppo Neo 7 Oppo Neo 7
Hadir Dengan Pilihan Warna Hitam dan Hitam

Untuk Spesifikasi Oppo Neo 7, ia merupakan peranti dengan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi 540 x 960 pixel. Didalamnya pula, peranti ini membawakan pemproses Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410 Quad-core 1.2 GHz dan 1 GB RAM. Oppo juga menyediakan 16 GB ruangan memori dalaman serta slot tambahan sehingga 128 GB untuk peranti ini. Untuk kamera pula, telefon pintar ini membawakan kamera 8 Megapixel dengan LED Flash serta 2 Megapixel kamera selfie.

Baca : Senarai Harga Oppo Terkini di Malaysia

Harga Oppo Neo 7 di Malaysia dijual dengan harga RM789 yang boleh didapati pada 3 November ini dari kedai serta pengedar sah Oppo.