htc-desire-828-t1HTC Desire 828

HTC Telah Memperkenalkan HTC Desire 828, Peranti Mid-Range Pertama dari Keluarga OIS Yang Hadir Dengan Kamera OIS Pada Harga Sekitar RM1099

Dalam diam, HTC telah memperkenalkan peranti terbaik dari keluarga Desire iaitu HTC Desire 828. Peranti ini merupakan yang pertama hadir dengan kamera OIS dari keluarga Desire. Untuk pasaran China, Telefon pintar ini mula menerima tempahan dengan sekitar harga USD 255 atau bersamaan RM1099. 

Bagi yang pertama kali mendengar mengenai Kamera OIS, ia merupakan satu sistem penstabilan imej optikal yang sangat membantu mengurangkan gegaran semasa mengambil gambar dan video. Kesanya, gambar yang diambil lebih tajam, terperinci dan lebih baik tanpa kabur.

HTC Desire 828 HTC Desire 828 HTC Desire 828
HTC Desire 828 Hadir Dengan Pilihan Warna Hitam dan Putih

Spesifikasi HTC Desire 828 juga dilihat sesuai dengan harga yang ditawarkan. Ia membawakan paparan HD Penuh sebesar 5.5 inci. Didalamnya pula, peranti ini dipadukan dengan Cip MediaTek MT6753 Octa-Core CPU yang hadir bersama 2 GB RAM serta 16 GB memori dalaman yang boleh membuat penambahan melalui slot microSD.

Seperti yang diberitahu diatas, HTC Desire 826 hadir dengan Kamera OIS beserta Sensor 13 Megapixel. Ia turut dilengkapi dengan LED Flash serta berkebolehan membuat rakaman HD Penuh. Dibahagian hadapan pula, peranti ini dimuatkan dengan 4 Megapixel kamera. Antara ciri-ciri lain terdapat pada model ini termasuk 4G LTE, Sokongan Dual SIM, Android 5.1 Lollipop dengan HTC Sense UI 6.0 serta bateri 2800mAh.

Buat masa ini peranti ini hanya dipasarkan di China sahaja dan belum ada kenyataan rasmi dari HTC untuk dipasarkan di luar China.