Huawei Mate 8Huawei Mate 8 Akan Hadir 8 November ini

Pelancaran Huawei Mate 8 Pada 8 November Ini, Phablet Perdana Dengan 21 Megapixel Kamera, Skrin 6.0 Inci QHD Serta Teknologi Force Touch

Di Malaysia, Huawei baru saja memperkenalkan peranti perdana terbaru dari mereka iaitu Huawei Mate S yang dijual sekitar RM2698. Pada 8 Novemer ini, Huawei dijangka akan memperkenalkan satu lagi peranti perdana iaitu Huawei Mate 8. Huawei juga telah menghantar jemputan kepada pihak media mengenai majlis pelancaran peranti tersebut yang berlansung pada 8 November ini.

Melalui maklumat yang tersebar, Huawei Mate 8 memiliki spesifikasi yang lebih tinggi berbanding Mate S. Ianya lebih mengfokuskan pada sebuah tablet sebesar 6.0 inci dengan resolusi Quad-HD dengan resolusi 2560 x 1440 pixel. Prestasinya juga akan ditingkatkan dimana model baru ini akan hadir dengan pemproses HiSilicon Kirin 950 yang baru dengan kemampuan CPU 8 Teras. Apatah lagi dengan pilihan 3 GB atau 4 GB RAM yang sudah cukup banyak untuk sebuah peranti kelas atasan.

Bagi fungsi pengambaran pula, Huawei Mate 8 dijangka hadir dengan 21 Megapixel dan 5 atau 8 Megapixel di bahagian hadapan. Teknologi Force Touch yang terdapat pada Huawei Mate S juga dijangka hadir pada peranti ini.

Untuk Huawei Mate 8,  Huawei dijangka akan bekalkan dengan dua variasi dimana model pertma hadir dengan 3 GB RAM, 32 GB memori dan 5 megapixel kamera selfie yang akan dijual sekitar USD519 (RM2220). Untuk model ke-2 hadir dengan 4 GB RAM, 64 GB memori dan 8 megapixel kamera selfie yang akan dijual sekitar USD619 (RM2650).