huawei-nexus-6p-malaysia

Pelancaran Huawei Nexus 6P di Malaysia Pada 8 December Ini. Phablet Sebesar 5.7 Inci Dengan Android 6.0 MarshMallow, Pengimbas Cap Jari.

Kita telah tahu sebelum ini mengenai Huawei akan membawa masuk secara rasmi Huawei Nexus 6P untuk pasaran Malaysia melalui laman rasmi Vmall.my. Namun tarikh rasmi dan harga masih belum diketahui sebelum ini. Hari ini, semuanya telah dipastikan apabila Huawei mula menghantar jemputan kepada media untuk majlis khas pelancaran Huawei Nexus 6P di Malaysia yang akan dilancarkan pada 8 Disember ini. 

Huawei Nexus 6P merupakan peranti pertama dari keluarga Nexus yang dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Sebelum ini kebanyakan peranti Nexus dibawa masuk secara import dengan jaminan atau warranty daripada kedai itu sendiri. Untuk nasib LG Nexus 5X yang diperkenalkan bersama Nexus 6P belum dipastikan sama ada dibawa masuk secara rasmi di Malaysia ataupun tidak.

OnePlus X OnePlus X OnePlus X
Huawei Nexus 6P

Menariknya mengenai Huawei Nexus 6P sudah tentunya pengalaman menggunakan Android 6.0 Marshmallow tulen dengan kemaskini terbaru terus dari Google. Spesifikasi yang dibawakannya cukup sempurna dari semua aspek untuk sebuah phablet premium. Antara spesifikasi Huawei Nexus 6P seperti dibawah.

  • Paparan : Skrin 5.7 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels, Corning Gorilla Glass 4
  • Pemproses : Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810 dengan 8-Teras CPU
  • Memori : Pilihan 32/64/128 GB yang hadir bersama 3 GB RAM
  • Kamera Utama : 12 Megapixel dengan Laser Autofokus, Dual Flash
  • Kamera Depan : 8 Megapixel
  • Platform : Android 6.0 (Marshmallow)
  • Sambungan : Wifi, GPS, Bluetooth, USB Type-C
  • Bateri : Li-Po 3450 mAh
  • Ciri-ciri : Pengimbas cap jari, 4G LTE
  • Harga : Diumumkan 8 Disember ini

Namun buat masa ini harga Huawei Nexus 6P masih lagi belum didedahkan. Dari maklumat pelancaran sebelum ini peranti ini dipasarkan di US dengan harga USD499 (RM2200), USD549 (RM2400), USD649 (RM2850) untuk model 32 GB, 64 GB dan 128 GB. Untuk harga rasmi Huawei Nexus 6P di Malaysia anda boleh rujuk di Senarai Harga Huawei Malaysia apabila peranti ini telah dilancarkan untuk pasaran tempatan.