win10Kemaskini Windows 10 Pada SmartPhone Lumia

Update Windows 10 Akan Hadir Untuk Pengguna Smartphone Lumia. Dua Peringkat Kemaskini Pada 14 December 2015 dan 1 Febuari 2016.

Sebelum ini Microsoft telah memperkenalkan 3 peranti terawal dengan platform Windows 10 terbina didalamnya iaitu Microsoft Lumia 950, 950 XL dan juga Lumia 550. Microsoft juga pernah memberitahu peranti-peranti lumia yang lama juga akan menerima kemaskini Windows 10 yang dijangka akan hadir pada bulan December ini. 

Hari ini kita bernasib baik telah mengatahui tarikh rasmi untuk kemaskini Windows 10 untuk smartphone Lumia. Untuk kemaskini ini, Microsoft telah bahagikan kepada dua peringkat dimana peringkat pertama akan menerima kemaskini seawal 14 December ini yang terdiri daripada peranti-peranti terkini Lumia. Manakala untuk peringkat ke-2 pula akan menerima kemas kini sedikit lewat iaitu pada 1 Febuary tahun hadapan.

Antara peranti yang menerima kemaskini seawal 14 Desember :

  • Microsoft Lumia 630
  • Microsoft Lumia 635
  • Microsoft Lumia 735
  • Microsoft Lumia 830
  • Microsoft Lumia 640

Peranti yang menerima kemaskini pada 1 Febuari 2016 :

  • Microsoft Lumia 520
  • Microsoft Lumia 532
  • Microsoft Lumia 625
  • Microsoft Lumia 720
  • Microsoft Lumia 820
  • Microsoft Lumia 920
  • Microsoft Lumia 925
  • Microsoft Lumia 930
  • Microsoft Lumia 1020
  • Microsoft Lumia 1320

Yang menjadi persoalan sekarang ini ialah dua peranti yang tidak dimasukkan kedalam kedua-dua kumpulan tersebut iaitu Lumia 530 dan 1520. Memandangkan Lumia 520 dan 1320 turut menerima kemaskini ini. Berkemungkinan besar kedua-dua peranti ini juga turut menerima kemaskini Windows 10.

Sumber : WMPowerUser