Lenovo Vibe X3 Lenovo Vibe X3 Dengan Ciri-Ciri Multimedia

Lenovo Vibe X3 Dengan Spesifikasi Dan Ciri-ciri Multimedia Yang Terbaik. Skrin 5.5 Inci, 21 MP Kamera, Harga Lenovo Vibe X3 Sekitar RM1700

Lenovo baru saja memperkenalkan model baru untuk barisan keluarga Vibe X yang dinamakan Lenovo Vibe X3. Peranti perdana keluaran Lenovo ini hadir dengan cip audio yang tersendiri dengan kemampuan Speaker Stereo, HiFi 3.0 serta Dolby Atmos untuk memberikan pengalaman multimedia yang lebih sempurna.

Baca Juga : Spesifikasi Penuh Lenovo Vibe X3

Spesifikasi yang ditawarkan juga dilihat lebih menyakinkan. Ia dipadukan dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD 1080P. Ia juga mendapat perlindungan dari lapisan Corning Gorilla Glass 3 pada bahagian skrinnya. Rekaannya juga dilihat lebih premium berbanding model Lenovo yang lain yang hadir dengan warna hitam dan putih serta ruang bazel yang sangat nipis.

Lenovo Vibe X3 Lenovo Vibe X3 Lenovo Vibe X3
Gambar Lenovo Vibe X3

Didalamnya pula, Lenovo Vibe X3 dikuasai oleh pemproses Qualcomm MSM8992 Snapdragon 808 dengan keupayaan 8 teras CPU dan Adreno 418 GPU. Lenovo juga menyediakan ruangan 3 GB RAM, Pilihan 32 atau 64 GB memori dalaman serta sokongan slot microSD. Ciri-ciri keselamatan seperti pengimbas cap jari turut disediakan untuk peranti ini. 

Selain itu, Lenovo Vibe X3 dilengkapi dengan 21Megapixel kamera di bahagian belakang manakala untuk kamera selfie, peranti ini turut menyediakan kamera 8 Megapixel untuk itu. Tiada teknologi OIS untuk model ini. Yang ada hanyalah Phase Detection Auto-focus, Dual LED Flash, HDR dan sebagainya. Peranti ini juga boleh membuat rakaman video 4K.

Spesifikasi Lenovo Vibe X3 :

  • Skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels
  • Pemproses Qualcomm MSM8992 Snapdragon 808 dengan 6-Teras CPU
  • Pilihan 32/64 GB memori dalaman, 3 GB RAM, Sokongan MicroSD
  • 21 Megapixel kamera utama, PDAF, Dual-LED (dual tone) Flash, Rakaman 4K
  • Kamera Selfie 8 Megapixel
  • Sistem Multimedia dengan Dolby Atmos, Hi-Fi audio, Speaker Stereo
  • Pengimbas Cap Jari, Bateri Li-Po 3600 mAh, Dual SIM
  • Platform Android 5.1 (Lollipop)

Lenovo Vibe X3 dijangka akan mula dipasarkan pada 25 November ini. terdapat tiga variasi yang ditawarkan untuk peranti ini iaitu model 16 GB / 2 GB RAM yang akan dijual pada harga USD300 (RM1300), model 32 GB / 2 GB RAM dijual pada harga USD400 (RM1730) serta model 64 GB /3 GB RAM dijual dengan harga USD 470 (RM2050).

Sumber : Lenovo