Xiaomi Mi Pad 2

Xiaomi Mi Pad 2 Diperkenalkan, Tablet Pertama Dari Xiaomi Dengan Pilihan Platform Android dan Juga Windows 10

Selain Redmi Note 3, Xiaomi juga telah memperkenalkan tablet 8 inci iaitu Xiaomi Mi Pad 2 yang akan menggantikan model lama Xiaomi Mi Pad yang diperkenalkan pada tahun lalu. Ianya dilihat lebih premium dengan kerangka logam yang hadir dengan dua pilihan warna emas dan perak. 

Didalamnya pula kita akan lihat cip pemproses yang baru untuk model ini dimana Xiaomi menggunakan cip Intel Atom X5-Z8500 menggantikan Nvidia Tegra K1 pada model yang lalu. Selain itu, Xiaomi telah membawakan port sambungan USB-Type C yang baru pada Xiaomi Mi Pad 2 yang membenarkan pengecasan dan penghantaran data yang lebih pantas serta boleh digunakan secara berbalik. Lebih menarik lagi, tablet ini akan hadir dua pilihan platform sama ada Android Lollipop atau Windows 10.

Xiaomi Mi Pad 2 Xiaomi Mi Pad 2 Xiaomi Mi Pad 2
Xiaomi Mi Pad 2 Xiaomi Mi Pad 2 Xiaomi Mi Pad 2
Gambar Xiaomi Mi Pad 2

Spesifikasi Premium Pada Harga Mampu Milik. Berminat Dengan Mi Pad 2?

Spesifikasi yang ditawarkan juga meyakinkan sepertimana model Mi Pad sebelum ini yang banyak mendapat maklum balas positif dari penggunanya. Namun, perlu di ingatkan peranti ini tiada sokokngan rangkaian selular. Jadi anda tidak boleh masukan SIM untuk model ini. Untuk spesifikasi Xiaomi Mi Pad 2 seperti dibawah :-

  • Paparan sebesar 7.9-inci dengan resolusi 1536 x 2048 pixels
  • Pemproses Intel Atom X5-Z8500 Quad-core 2.24 GHz dan Intel HD Graphics untuk GPU
  • 2 GB RAM
  • 16/64 GB Memori dalaman beserta slot microSD
  • Sokongan Dual SIM
  • Pilihan platform Android Lollipop atau Windows 10
  • 8 Megapixel kamera utama
  • 5 Megapixel Kamera hadapan untuk Skype
  • Sambungan Wifi dan Bluetooth
  • Bateri Li-Po 6190 mAh
  • Hadir dengan warna emas dan perak

Lihat Juga : Spesifikasi Penuh Xiaomi Mi Pad 2

Jika dilihat pada spesifikasinya, ramai yang menjangkakan tablet ini dijual diatas RM1000. Xiaomi Mi Pad versi pertama dijual pada haraga RM699. Berapa pula harga Xiaomi Mi Pad 2 yang baru ini untuk pasaran Malaysia?. Semasa pelancaran di China sebentar tadi, Xiaomi turut mendedahkan harga bagi Xiaomi Mi Pad 2 dimana model 16 GB akan dijual pada harga 999 Yuan (RM669) manakala untuk model 64 GB pula akan dipasarkan pada harga 1299 Yuan (RM859). Untuk model Windows 10 dengan 64 GB memori turut dipasarkan pada harga yang sama.