Xiaomi-Redmi-Note-3-t

Telefon Pintar Xiaomi Redmi Note 3 Diperkenalkan, Smartphone Murah Dengan Pengimbas Cap Jari Dan Kerangka Logam.

Xiaomi Redmi Note 3 telah dilancarkan sebentar tadi bersama-sama sebuah tablet baru Xiaomi Mi Pad 2 pada acara khas yang berlangsung di China. Ia merupakan model generasi ke tiga yang bakal menggantikan Xiaomi Redmi Note 2 yang dilancarkan pada August yang lalu. Secara ringkasnya, pembaharuan ketara yang terdapat pada model baru ini ialah reka bentuk yang serba baru dengan kerangka logam serta kehadiran pengimbas cap jari di bahagian belakangnya. 

Spesifikasinya pula dilihat tidak banyak perubahan yang dibawakan Xiaomi Redmi Note 3 berbanding model yang terdahulu. Masih lagi menggunakan kamera yang sama, pemproses yang sama serta paparan yang sama. Bezanya dapat dilihat pada kapasiti bateri yang begitu besar dengan bateri Li-Po 4000 mAh.

Xiaomi Redmi Note 3 Xiaomi Redmi Note 3 Xiaomi Redmi Note 3
Xiaomi Redmi Note 3 Xiaomi Redmi Note 3 Xiaomi Redmi Note 3
Gambar Xiaomi Redmi Note 3

Harga Xiaomi Redmi Note 3 Dijangka Sekitar RM599 Di Malaysia

Xiaomi Redmi Note 3 hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD 1080p. Ia menggunaka antaramuka MIUI 7.0 yang berasaskan Android 5.1 (Lollipop). Didalamnya pula, Redmi Note 3 membawakan cip pemproses dari Mediatek MT6795 Helio X10 dengan 8-Teras CPU. Seperti juga versi sebelum ini, smartphone ini turut membawakan pilihan memori 16 GB (2 GB RAM) dan juga 32 GB (3 GB RAM).

Untuk kamera, Xiaomi Redmi Note 3 dilengkapi dengan 13 Megapixel kamera utama bersama 5 Megapixel kamera Selfie. Ciri-ciri utama pada kamera termasuk Phase Detection Autofocus, Dual-LED Flash serta kebolehan merakam video HD Penuh 1080P. Ciri-ciri lain seperti sokongan Dual-SIM, Sambungan LTE, Pengecasan pantas, Infrared, FM Radio turut terdapat pada peranti ini.

Soal harganya pula, Xiaomi Redmi Note 3 dilancarkan dengan harga 899 Yuan (RM599) untuk versi 16 GB serta 1099 Yuan (RM729) untuk model 32 GB. Peranti ini akan dipasarkan di China dan akan menyusur kepasaran lain tidak lama lagi. Memandangkan Malaysia juga antara salah satu negara yang agak popular dengan smartphone Xiaomi, berkemungkinan besar ia akan turut dilancarkan di Malaysia.